Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Akhirnya impian saya untuk mula berguru dengan sifu yang pakar dalam kek sudah kesampaian. Agak lama juga duk mencari sifu yang sesuai. Peluang berada di Kuala Lumpur kerana menghantar adik bongsu saya memasuki asasi sains Universiti Islam Antarabangsa membolehkan saya berguru dengan puluhan sifu hebat di KL ini. Saya memilih sifu Kak Arnizura (Kak Jah) yang berada di Bandar Seri Putra Kajang. Dekat aje dengan rumah makcik tempat kami menginap.
Seawal pukul 8:40 am kami sampai di rumah Kak Jah. Dari bahagian rumah nya sudah agak tuan nya macam mana. Sebelum ini hanya berhubung melalui FB dan bila bersua muka memang beza. Kak Jah ni peramah sangat. Rasa bertuah pula dapt kenal Kak Jah. Rumahnya tersusun cantik dengan hiasan bungaan cantik tergubah. Bahagian dapur lagi la. Memang cantik dan kemas. Sempat pula saambil gambar bahgian dapurnya. Tuan nya memang pandai menghias rumah.
Buku yang disediakan oleh Kak Jah untuk setiap pelajarnya |
Papan hitam yang cantik dihiasnya. Siap tulis nama pelajarnya. Terasa disambut dengan mesra sekali |
Selfie jap depan papan hitam. Hehe |
Sebelum mula kelas, Kak Jah hidangkan kami dengan nasi lemak dan kuih muih. Alhamdulillah kenyang rasanya. Sebelum mula dengan menimbang bahan-bahan dan baking, saya di terangkan secara terperinci setiap bahan dan cara membuatnya secara teori. Bagus juga caranya begini sebab kita sudah dapat bayangan awal cara membuatnya jadi cepat sikit ketika hendak mengadun kek nanti.
Sesi pertama kami membuat brownies diberi nama Triple Choc Brownies. Caranya mudah je tapi ada tips tertentu yang perlu kita tahu supaya kek naik cantik dan permukaan brownies berkedut cantik. Dari mula menimbang setiap bahan hinggalah mengacau adunan sepenuhnya saya buat sendiri. Kak Jah memerhati sambil beri tunjuk ajar setiap langkah membuatnya. Seronok plak sebab rasa macam buat di dapur sendiri. Hampir 90% kita buat sendiri jadi mudah nak ingat bila buat sendirian nanti.
Sesi kedua kami buat D'food Chocolate Cake. Komplikated sikit caranya tapi dengan tunjuk ajar Kak Jah, rasa yakin nak buat sendiri. Bab paling lama nak siapkan bila sampai masa nak melepa bahagian luar kek dengan coklat ganache. Pertama kali tengok macam mana nak buat coklat ganache. Rupanya mudah je. Dekat sejam lebih juga nak siapkan bahagian terakhir tu. Hasilnya lagi superb bila diletakkan buah-buahan segar strawberry dan coklat. Mengiurkan betul. Tak sabar nak rasa. Kek ni lagi sedap bila dibiarkan semalaman.
Sesi melepa kek yang menuntut kesabaran kuat. Patut la kek ni memang mahal |
Hampir kul 3pm baru selesai kelas personal saya yang pertama ini. Secara ringkas, memang berbaloi ambil kelas peribadi gini sebab banyak sangat tips dalam baking mampu kita belajar. Pengajar pun sangat rajin berkongsi ilmu yang pelbagai sepanjang penglibatan nya dalam dunia bakeri. Perancangan nya nanti akan dibuka tempat baru yang pasti lebih hebat untuk tampung kelas bakeri selepas ini. InsyaAllah akan saya ikuti lagi kelas bakeri dengan Kak Jah. Keseluruhanya, saya sangat teruja dan puas hati.
Sebelum pulang, sempat Kak Jah hadiahkan sebekas biskut shortbread hasil tangan nya sendiri. Sedap
InsyaAllah saya akan kongsi lagi kisah baru di ruangan entri lain hari. Moga ketemu kembali. Jom layan gambar yang sempat Kak Jah snap ketika sesi kelas. Terima kasih banyak untuk gambar yang comel-comel.
Posing depan hasil tangan sendiri |
Posing lagi....hehe |
Sepanjang sesi membuat DFCC |
Hasil akhir DFCC |
Hasil akhir brownies |
Bersama Kak Jah yang comel..hehe |
Salam sayang
Are Tiey
No comments:
Post a Comment