Assalamualaikum sahabat semua,
Moga diberi kesihatan yang baik baik untuk anda sekalian. Seminggu ini cuaca agak sejuk dengan hujan lebat dan angin bertiup kencang . sedang dalam musim tengkujuh memang gini la gaya nya di pantai timur ni. buat masa ini khabarnya kampungku i.e. Kelantan dilanda banjir agak teruk..sama-sama kita doakan keadaan kembali pulih dengan sebaiknya dan mereka yang terlibat dengan banjir diberi kekuatan untuk hdapi saat gentir ini.
sebelum dikukus |
selepas di kukus |
cuba tengok ekspresi muka Ainaa masa makan kek ambon ni...
ummi..cam sedap la...saya rasa..mmm..memang betul la sedap.... |
Apam Mekar Resepi asal - Fatmah bahalwan - hazila my small kitchen bahan -bahan 225gram gula pasir 2 biji telur 250 gram tepung gandum 1 teaspoon ovellate 1 teaspoon baking powder 150ml air soda - sprite 1 teaspoon pandan paste pewarna yang digemari
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
KEK AMBON KELANTAN (APAM MEKAR)
Bahan-bahan
225gram gula pasir
2 biji telur
250 gram tepung gandum
1 teaspoon ovellate
1 teaspoon baking powder
150ml ais krim soda F&N
pewarna mengikut kesukaan (saya pilih merah, biru dan purple)
Cara-cara nya
- Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang (warna akan bertukar krim atau keputihan) - sangat penting untuk dapatkan kek yang naik cantik dan gebu
- Masukkan ovellate dan pukul lagi
- Ayakkan tepung dan serbuk penaik.
- Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda. Pukul hingga kental dan pekat i.e. bila ambil sesudu adunan dan tuang kembali,adunan akan ambil masa untuk jatuh semula ke dalam bekas.
- Bahagikan kepada 4 adunan. Masukkan 3 pewarna ke setiap adunan dan satu adunan lagi biarkann dengan warna asal.
- Siapkan pengukus - biar wapnya keluar dengan banyak dan pastikan penutup pengukus ditutup dengan kain supaya air wap tak kena dengan adunan kek nanti.
- Susun papercup dalam acuan lompang. Tuang ke dalam papercup secara berselang seli hingga hampir memenuhi papercup.
- kukus sehingga 20 minit.
- Sedia dihidang. Walla.
si abang yang jadi peminat tegar kek ambon... |
No comments:
Post a Comment