Tuesday 31 March 2015

kisah terharu ummi pagi ini

Teks : Nur Zuriatie

selalunya iffah dan afiq dihantar ayahnya ke sekolah pagi-pagi tapi hari ini ummi yang hantar sebab ayahnya baru balik kerja lewat pagi kul 5am. Pukul 7:15am bertolak dan sampai sekolah dalam pukul 7:25. Kakak bawak beg sendiri sama-sama beriring dengan ummi yang bawakkan beg adiknya. dek kearna afiq hendak jugak ummi hantar sampai depan kelas, ummi hantar lah.Sementara kakak iffah masuk kelas sendiri aje.
siap salam dan peluk cium hantar afiq ke kelasnya, ummi patah balik ke kereta. Tak sampai separuh jalan terperasan ada bunyi kanak-kanak berlari kat belakang. rupanya kakak iffah...

dialog kakak "kakak tak salam lagi dengan ummi " .. mukanya penuh berharap dapat salam ummi sebelum kelas mula.
rupanya ummi lupa nak salam dan peluk cium dia sebelum dia masuk kelas. Alahai anak ummi, ummi minta maaf ye sayang. Moga jadi anak solehah. Amin.

Sepanjang perjalanan asyik teringatkan kakak. Mungkin sebab dia sudah cukup dewasa untuk berdikari, ummi sudah mula abaikan kakak. Mula tersedar yang sebagai ibu bapa, sentiasa ikuti perkembangan anak-anak dari yang sulong hingga yang kecik denga sama adil. Ya Allah, hanya pada-Mu ku mohon moga tanggungjawab besar ini ku mampu buat dengan sebaiknya. Amin. 

Sekolah Rendah Darul Bayan, Paka

Monday 30 March 2015

RESEPI KEK AMBON KELANTAN (APAM MEKAR)

Teks : Nur Zuriatie

Assalamualaikum sahabat semua,


Moga diberi kesihatan yang baik baik untuk anda sekalian. Seminggu ini cuaca agak sejuk dengan hujan lebat dan angin bertiup kencang . sedang dalam musim tengkujuh memang gini la gaya nya di pantai timur ni. buat masa ini khabarnya kampungku i.e. Kelantan dilanda banjir agak teruk..sama-sama kita doakan keadaan kembali pulih dengan sebaiknya dan mereka yang terlibat dengan banjir diberi kekuatan untuk hdapi saat gentir ini.


sebelum dikukus
selepas di kukus
sebut nama Kek Ambon rasanya ramai tak tahu apa bentuk nya tapi kalau sebut Apam Mekar semua kenalkan? sudah lama saya teringin nk belajar buat kek comel dan gebu ini. Anak-anak memang suka sangat kek ini. kek ini bila masuk di mulut memang terasa kegebuan nya dan manis nya cukup rasa. Tak puas kalau makan sebiji, pasti akan nak makan lagi...sesuai untuk makan pagi / petang, untuk majlis hari jadi anak-anak, desert di majlis keramaian / office / rumah terbuka..serba-serbi sesuai la kek ambon ni..

cuba tengok ekspresi muka Ainaa masa makan kek ambon ni... 
ummi..cam sedap la...saya rasa..mmm..memang betul la sedap....
resepi nya mudah. terima kasih pada blogger zila4ever.blogspot.com kerana berkongsi resepi ini di lama blog nya. untuk versi saya, ada sedikit olahan kerana mengikut citarasa anak-anak. jom kita layan macam mana nak buat..simple jer..

Apam Mekar Resepi asal - Fatmah bahalwan - hazila my small kitchen bahan -bahan 225gram gula pasir 2 biji telur 250 gram tepung gandum 1 teaspoon ovellate 1 teaspoon baking powder 150ml air soda - sprite 1 teaspoon pandan paste pewarna yang digemari

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

KEK AMBON KELANTAN (APAM MEKAR)


Bahan-bahan
225gram gula pasir
2 biji telur
250 gram tepung gandum
1 teaspoon ovellate
1 teaspoon baking powder
150ml ais krim soda  F&N
pewarna mengikut kesukaan (saya pilih merah, biru dan purple)

Cara-cara nya

  

  1. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang (warna akan bertukar krim atau keputihan) - sangat penting untuk dapatkan kek yang naik cantik dan gebu
  2. Masukkan ovellate dan pukul lagi
  3. Ayakkan tepung dan serbuk penaik.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda. Pukul hingga kental dan pekat i.e. bila ambil sesudu adunan dan tuang kembali,adunan akan ambil masa untuk jatuh semula ke dalam bekas.
  5. Bahagikan kepada 4 adunan. Masukkan 3 pewarna ke setiap adunan dan satu adunan lagi biarkann dengan warna asal.
  6. Siapkan pengukus - biar wapnya keluar dengan banyak dan pastikan penutup pengukus ditutup dengan kain supaya air wap tak kena dengan adunan kek nanti.
  7. Susun papercup dalam acuan lompang. Tuang ke dalam papercup secara berselang seli hingga hampir memenuhi papercup.
  8. kukus sehingga 20 minit. 
  9. Sedia dihidang. Walla.
si abang yang jadi peminat tegar kek ambon...

NASI ARAB IBNU SHABANI - RESEPI

Teks : Nur Zuriatie

Assalamualaikum...

Apa yang nak saya kongsi kali ini tentang sebuah produk baru i.e. Rempah Nasi Arab Ibnu Shabani. Sudah lama ku usha produk ini. packagingnya agak menarik perhatian. Sejak diperkenal dengan rasa nasi arab oleh adik lelaki ku yang pernah belajar di nagara timur tengah i.e. Jordan, tekak ni asyik kepingin hendak rasa nasi arab selalu. Nasi arab ni tidak mudah muak biarpun makan banyak pinggan. Tidak sama macam nasi minyak atau nasi tomato.

sini saya nak kongsi serba sedikit cara yang saya guna mengikut pada cara penyediaan yang sudah di sedia kan pada belakang kotak.


Bahan tersedia dalam kotak :
Rempah serbuk Nasi Arab Kabsah
Rempah Nasi Arab (Bunga cengkih, pelaga etc)
Beras Basmathi

Bahan tambahan
Bawang putih
Bawang besar
Tomato puri / sos tomato
Ayam
Air
Minyak

Cara penyedian Ayam Bakar Kabsah

1. Tumbuk bawang putih hingga lumat. 

2. Gaulkan dengan tomato puri, garam, minyak dan rempah serbuk kabsah.
3. Perapkan dengan ayam. 
Rupa rempah ayam perap.
4. Lebih kurang dalam sejam kemudian, dah boleh sedia untuk di bakar.

Cara penyedian nasi arab kabsah

1. Rendam beras basmathi dalam 20 minit atau lebih. Kemudian toskan.

2. Tumis rempah tumis kabsah (kayu manis, pelaga dan cengkih), bawang putih, bawang besar. Apabila garing, masukan rempah serbuk kabsah dan tomato puri.
3. Masukkan 600ml air ke dalam tumisan. Biarkan mendidih dan tutup api.
4. Campurkan bahan tumisan dan beras ke dalam periuk nasi letrik dan taburkan 1 1/2 garam serta cili hijau (optional)
5. Tunggu hingga masak 80% gaulkan perlahan-lahan. kemudian biarkan nasi masak 100%.
6. Nasi sedia dihidang. 


Cara penyediaan air asam 
1. Kisar cili merah, cili padi, belacan, perahan limai nipis, garam & gula.
2. Gaulkan dengan kerisik dan sos cili.
3. sebatikan dan perasakan. Kemudian, gaulkan dengan bawang besar dan tomato.

Cara buat salad arab
1. Potong dadu timun dan tomato.
2. Hiriskan bawang besar dan daun sup.
3. Campurkan semya bahan dan tambahkan dengan garam dan serbuk lada hitam.

ini lah hasilnya. Alhamdulillah memang tak menghampakan. Cara penyediaan senang, rasa pun pasti sedap...memang tak rugi untuk mencuba.

untuk dapatkan rempah nasi arab Ibnu Shabani ini, anda bole hubungi saya 010-225 1943 (SMS/Whatsapp/telegram)

@ bole lawati fb page ini : nasi arab ibnu shabani terengganu

 Selamat mencuba.

MIXER BARU HEAVY DUTY..MANA YANG TERBAIK??

Assalamulaikum sahabat,

Hari ini Are Tiey Bakery berehat seketika dari membuat roti dan kek sebab mixer amatur saya sudah rosak. Semalam punya cerita, tengah asyik duk buat adunan roti yang terakhir, mixer Faber ku berhenti pusing. Rupanya sudah sampai masanya untuk dia berehat sepenuhnya. Nasib baik sudah sampai adunan yang terakhir, kalau tak mau kena uli adunan roti dengan tangan jer. mahu lenguh satu badan hendak siapkan semua tempahan roti. Kena pulak pembantu dapur saya bercuti kecemasan, Alhamdulillah, semua selesai dengan baik.

 Nampak gaya kena cari mixer baru ni. Dalam kepala sudah terbayang mixer heavy duty..tapi banyak sangat pilihan yang ada..KENWOOD, KITCHEN AID, BERJAYA, SPAR.banyak pulak cadangan dari otai-otai bakery ni.

Apa-apa pun, mixer Faber lama sudah banyak berjasa. Sejak cuti panjang 5 bulan ni, hampir setiap hari duk aduna roti. Sekali adunan mahu sampai 600gram .Memang tak tahan la mixer tu lama-lama. Tapi cukup dipuji mixer ni mampu bertahan hampir lebih 6 tahun. Memang banyak sungguh jasanya. Dengan dia lah, saya belajar buat macam-macam kek : Kek red velvet, kek puding karamel, kek coklat moist, etc, biskut , roti ...hampir semua sudah try dengan mixer ini. Untuk beginner yang baru nak berjinak dengan dunia bakery, elok sangat kalau anda beli mixer amatur gini. Harga nya pun . takde lak mahal sangat. RM60 sudah boleh angkut satu.

Ini lah Faber mixer amatur saya


sini saja celoteh saya kali ini. Lain kali jumpa lagi.

wassalam.

RESEPI MAKARONI GORENG SIMPLE



assalamulaikum,

Dek kerna seharian penat menyiapkan tempahan roti,jadinya malam ni ummi nak masak-masak simple sahaja. Iaitu Makaroni Goreng dengan daging cincang. Cara buatnya mudah dan cepat. Rasanya memang marbeles dengan anak-anak makan berselera sangat.

sebab ada yang bertanya macam mana hendak masak makaroni goreng ini, meh saya kongsi resepinya seperti d bwah. Selamat mencuba.

RESEPI MAKARONI GORENG YANG SIMPLE + SEDAP

Bahan-bahan
200 gm daging cincang
makaroni (direbus dan ditoskan)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dicincang dadu)
1 tin sos spagetti Prego original
sos tomato dan sos lada
garam dan gula
carrot , lada benggala, brokolli, cendawan dipotong kecik

Cara-cara nya
1. Tumis bawang dengan minyak hingga garing
2. Masukkan sos spagetti dan goreng hingga naik minyak
3. Masukkan daging cincang
4. Masukkan sos tomato, sos lada dan sayur-sayuran
5. Akhir sekali masukkan makaroni dan diperasakan dengan garam gula.
6. Sedia untuk dihidang.

Itu sahaja perkongsian saya untuk resepi mudah ini. Rajin-rajin memcuba.

wassalam

Thursday 26 March 2015

PENGENALAN DIRI

Teks : Nur Zuriatie

Assalamualaikum & Salam Kasih Sayang,

Syukur alhamdulillah, beri kelapangan masa untuk memulakan blog rasmi saya iaitu nurzuriatie.blogspot.com. Adalah lebih baik untuk saya mulakan entri pertama ini dengan sesi perkenalan tentang diri saya.

Diberi nama Nur Zuriatie Bt Che Supli @ Ab Rahman, mempunyai darah kelahiran negeri yang mendapat gelaran serambi Mekah iaitu Kelantan pada tarikh 9 Februari 1982. Ayah adalah seorang guru matematik dan ibu seorang surirumah sepenuh masa. Saya adalah anak sulong dari 5 orang adik-beradik. Mendapat didikan awal di Sek Keb Pulai Chondong I sehingga habis pengajian sekolah rendah. Alhamdulillah, mendapat rezeki menyambung pengajian peringkat menengah di sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menegah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa dari tahun 1995-1999.  Dengan keputusan SPM, saya mendapat panggilan untuk menyambung pengajian di bahagian Matrikulasi Kolej Aman Rawang Selangor. Berbekal pengalaman selama berada di asrama sebelum itu, ummi melepaskan anak sulong nya ini ke luar negeri Kelantan. Syukur, akhirnya, kini memegang ijazah Bachelor Degree in Telecommunication Engineering dari Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Selama pengajian di UM, saya ditaja penuh dengan biasiswa boleh ubah dari PETRONAS sehingga lah akhirnya saya diterima menjawat jawatan eksekutif di salah sebuah anak syarikatnya iaitu PETRONAS Carigali Sdn Bhd wilayah Pantai Timur. Sehingga kini, sudah genap lebih dari 9 tahun saya berkhidmat dengan syarikat multi-nasional ini. Pelbagai pahit manis pengalaman sudah dikutip dan semua cukup mematangkan saya. Diberi tanggungjawab menggalas jawatan Sourcing Excutive, tugasanya cukup mencabar. Meyediakan kertas kerja uuntuk diluluskan oleh pihak pengurusan atasan disamping mengejar dateline projek yang kebiasaannya menuntut kerja lebih masa dan mesyuarat di luar kawasan. Berkomunikasi dengan kontraktor dari perlbagai background dan ragam cukup mencabar minda disamping menjaga etika sebagai staf syarikat dan paling penting integriti.

31 Disember 2006, saya sah bergelar isteri kepada suami tercinta Mohd Arif B Mohd Zain. Juga sama-sama staf di syarikat yang sama, kami menetap di Kerteh - Paka dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Nur Iffah Faqihah, Muhammad Afiq Fikri, Nur Iman Syafiqah dan Nur Ainaa Aqilah. Inilah permata hati saya yang paling saya sayangi dan paling penting dalam hidup hingga sampai masanya nanti, akan saya lepaskan kerjaya saya di PETRONAS. InsyaAllah. Apa yang membuatkan saya memilih untuk bersama keluarga dan meninggalkan peluang kerjaya yang bagus dengan gaji yang cukup lumayan, akan saya kongsikan di ruangan entri selepas ini. InsyaAllah.

Salam ukhuwah
zuriatie
fb : https://www.facebook.com/nur.zuriatie
email : zuriatiechesupli@gmail.com
Kg Nyiur Dungun Terengganu



BUILT IN OVEN PERTAMA KU - MORGAN

Teks : Nur Zuriatie

Assalamulaikum

Kisah semalam tapi saya nak kongsi jugak hari ini. Pengalaman pertama saya beli oven baru. Tujuan utama untuk upgrade oven yang sudah sedia ada yang agak kecik. Tidak mampu hendak cover permintaan tempahan roti yang makin banyak. Alhamdulillah.rezeki anak-anak.

Carian saya hanya selama dua hari sahaja hingga akhirnya saya membuat keputusan beli built-in oven jenama Morgan. Dengan nama nya sahaja ramai sudah sedia tahu antara jenama oven yang terkenal buatan Sweden. Saya beli oven ni di Kedai elektrik Jose Trading Dungun (antara kedai letrik paling besar di Dungun). Harga yang ditawarkan memenuhi budget kami dalam average harga RM1,2++k. Syukur.

Antara tips-tips pemilihan oven built-in :

1. Spesifikasi
- seperti kapasiti brape (lagi besar lagi banyak muatan pembakaran), fungsi (biasanya 5 fungsi sudah cukup baik) , watt

2.  Kualiti dan Jenama.
- Sebaiknya survey jenama oven yang sudah agak dikenali dan dipercayai kualiti nya. Jika ada kawan-kawan terdekat yang sudah biasa memakai oven begini, ada baiknya anda bertanya khabar dulu apa oven yang terbaik boleh kita pilih.

3. Harga.
- Ini bergantung pada kemampuan masing-masing. Untuk masa kini, harga oven ini sudah semakin mahal mungkin kerana fungsi nya yang sudah semakin canggih dan lebih efficient. Pernah bertanya pada kawan yang sudah lama memakai oven sebegini, harga nya dulu boleh dapat dalam RM800. Tapi, sepanjang pemerhatian saya, harga oven ini dalam lingkungan harga RM1000 - RM2,800. Mungkin ada yang lebih mahal dengan fungsi yang lebih canggih dan rekabentuk lebih manarik.

4. Size oven.
- Yang ini pun agak penting kerana oven ini sesuai untuk di pasang ke dalam binaan kabinet. Anda perlu pastikan dapur anda sesuai dengan oven dan size oven nya. Biasanya size oven begini dalam averaga 600mm x 600mm x600mm.

Itu serba-sedikit tips yang saya boleh kongsi kali ini. Hari ini, secara rasminya saya menggunakan oven ini denga jayanya. Cuma ada sedikit ralat bila oven saya tiba-tiba mati ketika sedang membakar. Kelam kabut dibuatnya. Memang ada baiknya kita baca dulu buku rujukan oven bahagian troubleshooting. Rupanya ada masalh di bahagina fuse kepala plug. Selepas ditukar fuse baru, alhamdulillah oven berfungsi seperti biasa.

Moga bisnes roti sarang lebah are_tiey bakery lebih baik dan mampu penuhi permintaan sahabat-sahabat di sekitar Paka-Kerteh. Amin.

Salam sayang
fb fanpage : www.facebook.com/pages/Are-Tiey-Bakery