Thursday 2 July 2015

BROWNIES OH BROWNIES

Assalamualaikum,





Kisah lama tapi nak juga kongsikan ceritanya disini. Buat pertama kalinya saya terima tempahan paling banyak untuk brownies ni iaitu 4 biji. Mau rasanya nak kasitau saya tak sempat nak buat sebab sekarang ni waktu saya baking hanyalah di waktu malam sahaja sebab saya sudah mula bekerja semula. Nak masak brownies ni amik masa 1 jam juga. Ni kalau 4 biji, mau amik masa 4 jam belum campur masa perlu untuk timbang bahan-bahan dan kacau-kacau. Bila difikir panjang, masa ini lah kita nak buktikan kesungguhan kita dan betapa cita-cita utama saya untuk berjaya dalam dunia baking ku sahut cabaran ini.

Dari office saya bergerak balik dalam pukul 5:15pm. Alhamdulillah abang pun habis kerja awal jadi sempat dia amikkan anak-anak. Terus saya balik rumah nak mulakan kerja di dapur. Terus bakar siap-siap kacang walnut dan timbang satu-satu bahaan. Yang remeh skit bab buat brownies ni bila kita kena timbang satu-satu bahan kesemuanya siap-siap. Nanti masa nak kacau tu, terus masuk jer dan bakar.

Brownies pertama mula kacau dan bakar dalam pukul 6:30pm. Sambil duk tunggu kek siap, terus timbang siap-siap bahan-bahan untuk brownies ke-2. Untuk buat brownies dengan banyak-banyak gini memang perlu banyak loyang la. Brownies yang sudah siap bakar kena duduk dalam loyang dlu hingga dia sejuk dan warna permukaaan brownies nya berkilat-kilat. Biaasanya semalaman juga nak kena tinggal dalam loyang baru brownies tu cantik je kejadiannya.

Trip brownies ke 3 dan 4 selesai waktu malamnya. Alhamdulillah semuanya siap bakar dalam pukul 12 malam. Waktu untuk merehatkan diri sebelum disambung kerja memotong brownies di esok pagi. Lega akhirnya selesai juga. Meh saya kongsikan sebahagian gambar yang sempat saya snap.

Beberapa tips yang saya dapat nak kongsi di sini untuk mereka yang bercita-cita hendak meniaga brownies

1. Untuk menampakkan kekemasan brownies ketika memotong, sebaiknya guna pembaris panjang untuk hasil potongan yang kemas dan sama size. Jika berkesempatan akan saya kongsikan cara macam mana nak memoting brownies dengan pembaris di entri selepas ini.

2. Pembungkusan brownies kena bersesuaian dengan size kek. Gunakan tapak lapik kek yang hampir sama size dengan brosnies. Untuk elakkan kek nanti bergerak-gerak atau goyang di dalam kotak. Untuk nampak ekslusif, guna kotak kek warna putih. Pastikan ketika nak packing brownies nanti, kawasan sekeliling bersih dari kesan tumpahan / kotoran ketika mengacau kek tadi. Kalau tak, bila melekat di kotak yang putih tadi, akan nampak kesannya dan biasanya takkan tanggal dah. Hasilnya kotak akan nampak comot.

3. Hias kotak dengan design simple. Paling mudah letakkan reben halus dan tampal sticker anda supaya ada orang mengenali produk anda. Ianya nampak remeh tapi hasilnya orang yang memandang produk andaa rasa impress kerana ada kelainan. 

Sekian dulu untuk waktu ini. InsyaAllah kita akan ketemu lagi di ruangan selepas ini.

Salam sayang
Zuriatie
Dari kampung halamanku Pulai Chondong Kelantan

Friday 12 June 2015

NUTELLA CHEESE TART

Teks & foto : Nur Zuriatie

Assalamulaikum,



Kisah buat nutella cheese tart bermula bila teringin sangat nak rasa macam mana bila makan tart ni. Ditambah dengan design tart nya yang agak menarik, saya cuba cari bekas loyang tart size besar ini. Alhamdulillah akhirnya saya jumpa bekas yang dicari di R to Z bakery Kerteh. Harganya murah je dalam lingkungan RM15-RM20. Sengaja di cari bekas yang tapaknya bole diangkat ke atas. Mudah anti bila nak keluarkan tart bila siap bakar nanti.

Bermula pencarian resepi dalam internet. Akhirnya jumpa yang dicari. Alhamdulillah akhirnya dapat merasa tart dengan puas sekali. Afiq menambah-nambah makanya sebab katanya sedap. Sempat juga ku bawa ke pejabat untuk dirasa rakan-rakan. Pun sama mendapt pujian. Nampak ada potensi juga untuk dikongsi rakan-rakan lain. Masih mengira-ngira berapa harga untuk jualan nanti. Pernah nampak ada yang menjual dalam harga RM30-RM40. Mungkin ada yang lebih mahal dan biasanya dia bergantung pada bahan topping yang digunakan. Kalau letak coklat mahal tu, confirm- confirm memang mahal la tart tu. Rasanya pun pasti lagi sedap.

Kali ini saya nak kongsi resepi bagaimana membuat cheese tart ni.


Bahan-bahan kulit tart

125gm mentega/marjerin
60gm gula icing
1 biji telur
250gm tepung gandum
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanila

bahan inti cheese

125gm Cream Cheese (suhu bilik)
1/2 cup Non-Dairy Whipped Cream (sejuk)
4 sudu besar Susu Pekat
1 sudu teh Esen Vanila
secubit Garam
Nutella utk topping

Cara membuat kulit tart :
1. Putar mentega dan gula hingga rata.
2. Masukkan telur dan putar hingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan putar hingga manjadi seketul doh.
5. Bentukkan di dalam acuan tart. Bakar selama 15 minit pada suhu 150 darjah celsius atau keperamgan.

Cara membuat filling cheese
1. Putar cream cheese hingga kembang.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga kembang.

Kemudian ambil kulit tart yang telah sejuk kemudian diisi dengan filling cheese tadi. Paipkan nutella di bahagian atas nya mengikut kreativiti anda.

Sekian.

Salam sayang
Zuriatie
Are Tiey Bakery

PENGALAMAN PERTAMA BERSIFU BELAJAR KEK

Teks & Foto : Nur Zuriatie

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Akhirnya impian saya untuk mula berguru dengan sifu yang pakar dalam kek sudah kesampaian. Agak lama juga duk mencari sifu yang sesuai. Peluang berada di Kuala Lumpur kerana menghantar adik bongsu saya memasuki asasi sains Universiti Islam Antarabangsa membolehkan saya berguru dengan puluhan sifu hebat di KL ini. Saya memilih sifu  Kak Arnizura (Kak Jah) yang berada di Bandar Seri Putra Kajang. Dekat aje dengan rumah makcik tempat kami menginap.

Seawal pukul 8:40 am kami sampai di rumah Kak Jah. Dari bahagian rumah nya sudah agak tuan nya macam mana. Sebelum ini hanya berhubung melalui FB dan bila bersua muka memang beza. Kak Jah ni peramah sangat. Rasa bertuah pula dapt kenal Kak Jah. Rumahnya tersusun cantik dengan hiasan bungaan cantik tergubah. Bahagian dapur lagi la. Memang cantik dan kemas. Sempat pula saambil gambar bahgian dapurnya. Tuan nya memang pandai menghias rumah.
Buku yang disediakan oleh Kak Jah untuk setiap pelajarnya

Papan hitam yang cantik dihiasnya. Siap tulis nama pelajarnya. Terasa disambut dengan mesra sekali

Selfie jap depan papan hitam. Hehe

Sebelum mula kelas, Kak Jah hidangkan kami dengan nasi lemak dan kuih muih. Alhamdulillah kenyang rasanya. Sebelum  mula dengan menimbang bahan-bahan dan baking, saya di terangkan secara terperinci setiap bahan dan cara membuatnya secara teori. Bagus juga caranya begini sebab kita sudah dapat bayangan awal cara membuatnya jadi cepat sikit ketika hendak mengadun kek nanti.

Sesi pertama kami membuat brownies diberi nama Triple Choc Brownies. Caranya mudah je tapi ada tips tertentu yang perlu kita tahu supaya kek naik cantik dan permukaan brownies berkedut cantik. Dari mula menimbang setiap bahan hinggalah mengacau adunan sepenuhnya saya buat sendiri. Kak Jah memerhati sambil beri tunjuk ajar setiap langkah membuatnya. Seronok plak sebab rasa macam buat di dapur sendiri. Hampir 90% kita buat sendiri jadi mudah nak ingat bila buat sendirian nanti.

Sesi kedua kami buat D'food Chocolate Cake. Komplikated sikit caranya tapi dengan tunjuk ajar Kak Jah, rasa yakin nak buat sendiri. Bab paling lama nak siapkan bila sampai masa nak melepa bahagian luar kek dengan coklat ganache. Pertama kali tengok macam mana nak buat coklat ganache. Rupanya mudah je. Dekat sejam lebih juga nak siapkan bahagian terakhir tu. Hasilnya lagi superb bila diletakkan buah-buahan segar strawberry dan coklat. Mengiurkan betul. Tak sabar nak rasa. Kek ni lagi sedap bila dibiarkan semalaman. 
Sesi melepa kek yang menuntut kesabaran kuat. Patut la kek ni memang mahal

Hampir kul 3pm baru selesai kelas personal saya yang pertama ini. Secara ringkas, memang berbaloi ambil kelas peribadi gini sebab banyak sangat tips dalam baking mampu kita belajar. Pengajar pun sangat rajin berkongsi ilmu yang pelbagai sepanjang penglibatan nya dalam dunia bakeri. Perancangan nya nanti akan dibuka tempat baru yang pasti lebih hebat untuk tampung kelas bakeri selepas ini. InsyaAllah akan saya ikuti lagi kelas bakeri dengan Kak Jah. Keseluruhanya, saya sangat teruja dan puas hati. 

Sebelum pulang, sempat Kak Jah hadiahkan sebekas biskut shortbread hasil tangan nya sendiri. Sedap

InsyaAllah saya akan kongsi lagi kisah baru di ruangan entri lain hari. Moga ketemu kembali. Jom layan gambar yang sempat Kak Jah snap ketika sesi kelas. Terima kasih banyak untuk gambar yang comel-comel. 
Posing depan hasil tangan sendiri


Posing lagi....hehe

Sepanjang sesi membuat DFCC

Hasil akhir DFCC

Hasil akhir brownies


Bersama Kak Jah yang comel..hehe

Salam sayang
Are Tiey

Friday 22 May 2015

TEMPAHAN ROTI SARANG LEBAH LAGI

Teks & foto : Nur Zuriatie

Assalamulaikum,

Malam ini tengah siapkan roti sarang lebah untuk penuhi permintaan sabahat di pejabat pagi esok. Roti ini sesuai sangat untuk breakfast. Kenyang benar kalau dihabiskan satu bekas tu. Jadi malam ni disebabkan agak banyak order yang masuk, terpaksa upah pembantu tambahan iaitu Afiq. 

Kakaknya agak sibuk katanya nak study untuk ujian bulanan nya. Afiq ni suka sangat la bila bab menghias atas kek roti. Ralit juga duk tengok dia duk tabur kacang badam & kuaci. Bagus juga untuk ajar anak-anak dalam skil konsentrasi dan uji tahap kesabaran. Hehe. Memang sabar benar la sebab nak kena siapkan hampir 14 bekas roti tu. Terima kasih anak ku. Nanti ummi belanja abang Afiq nanti ye.



Dari Dapur Are Tiey Bakery

ROTI SARANG LEBAH @ KOMPLEKS OPERASI PETRONAS

Teks & foto : Nur Zuriatie

Assalamualaikum,

Sejak diri sendir mula mejejakkan kaki semula ke pejabat selepas cuti panjang, alahmdulillah rezeki tetap masuk. Tempahan roti sarang lebah tak pernah tak ada. Asal jumpa je, mesti semua tanya nak tempah roti sarang lebah. Suka benar diaorang nak makan roti tu sebab katanya roti nya gebu kena pula dengan sos yang manis berlemak tu.

Pagi-pagi dah meriah di pantry. Seronok pula duk layan cerita kawan-kawan ni. Ada saje kisah lucunya. Huhu.



InsyaAllah roti sarang lebah pasti buat selagi permintaan ada. Terima kasih kawan-kawan kerana support produk Are Tiey Bakery.

Dari Dapur Are Tiey Bakery 

Thursday 7 May 2015

VANILA CUPCAKE DENGAN CREAM CHEESE FROSTING

Assalamulaikum,



Akhirnya selepas hampir 6 bulan saya berada dalam mode bercuti panjang, saya kembali semula ke pejabat tercinta dengan hati yang berbunga-bunga. Bunyi macam teruja kembali bekerja sedangkan ramai gak yang duk ingat saya akan terus bercuti panjang. Memang betul. Niat di hati makin membara menuju ke arah itu sebenarnya cuma belum sampai lagi masanya. InsyaAllah ia pasti jadi dengan cabang penglibatan saya dalam dunia bakeri ini makin kukuh. Terlalu banyak lagi yang perlu balajar dan banyak lagi sifu-sifu hebat yang hendak kita berguru. Tolong doakan saya.

Tarikh 5 May 2015 kaki melangkah semangat masuk workstation baru. Berada di position baru selepas 6 bulan bercuti memang mencabar dan banyak sangat benda baru kena belajar. Tapi dalam kesibukan bekerja ni, saya akan teruskan dengan dunia bakeri dan perniagaan Are Tiey Bakery. Alhamdulillah, hari pertama melangkah ke office, saya terima tempahan cupcake yang pertama. Permintaan dari sahabat dalam office yang sama sempena sambutan hari lahir anaknya di sekolah. Katanya nak cream frosting dengan gabungan kaler pink dan biru. Cukup mencabar tu sebab sebelum ini belum pernah mencuba.

Dari carian google, saya memilih resepi vanila cupcake hasil kerja tangan Kak Azie Kitchen. Terasa resepi ini antara yang terbaik vanila cupcake yang patut semua orang cuba. Rasanya memang kaya dengan rasa vanila digabung dengan cream cheese frosting yang sedang-sedang manis.

Jom kita layan resepinya.

Bahan bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 sk serbuk vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sk cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)

Cara-cara:1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2.Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.
4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. 
5. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.
Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese

Resepi cream cheese frosting pula diambil dari resepi Kak Azlita Masam Manis

250 gm cream cheese - biarkan dia lembut dahulu
100gm butter tanpan garam
180 gula icing (gula castor pun boleh)
1 cawan non-dairy whipping cream
pewarna oil base pink dan biru

Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut  dan bertukar keputihan.
Perlahankan mixer dan tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul sehingga sebati
Dalam bekas berasingan, pukul whipping cream hingga gebu dan bertanduk.
Satukan whipping cream dengan adunan cheese dan gaul menggunakan kaedah kaup balik.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan diwarnakan dengan warna biru dan pink.
Masukkan dalam piping bag dengan meletakkan sebelah menyebelah dan sedia untuk di paip atas cupcake . 

Selamat mencuba.


PAVLOVA ... OH PAVLOVA...

Teks & foto : Nur Zuriatie

Pavlova produk terbaru dari Are Tiey Bakery

Assalamulaikum,


Alhamdulillah akhirnya tercapai jua hajat di hati untuk cuba resepi pavlova yang sungguh mewah rasanya. Sesiapa yang memang minat manis, memang akan jatuh cinta denga  rasa pavlova ini. Antara pencucu mulut yang agak mewah untuk dicuba. Bahagian bawah sekali pavlova ini dipaggil marinque dengan paduan rasa rapud di luar dan chewy di dalam digabungkan dengan whipping cream bersama buah-buahab segar di atasnya memang memberi perasaan cukup nikmat pada setiap gigitannya. Tidak digalakkan makan banyak sebab kuantiti gula yang agak manis. Mau kencing manis nanti.

Sebenarnya angan-angan nak mencuba buat pavlova ini sudah lama. Hampir 2 tahun lepas lagi pasang angan-angan nak buat menu pencuci mulut yang hangat diperkata ini. Resepinya lebih kurang sama bila kita buat carian dalam Google. Dalam banyak-banyak resepi, saya memilih resepi asal dari Kak Azlita. Antara blog yang saya minati.

Jom kita tengok macam mana nak buat pavlova.

PAVLOVA

Bahan-bahannya

4 biji putih telur3/4 cawan gula castor 1 sudu besar tepung jagung1 sudu teh esen vanila1 sudu teh cuka makan

Cara membuatnya
Sediakan loyang1. Alas loyang dengan baking paper. Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc untuk pavlova size besar. Saya buat bulatan kecil-kecil lebih kurang 3inc untuk mini pavlova. Terbalik kan kertas.  2. Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C
3. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu4. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental. Pastikan gula betul-betul hancur dalam adunan dengan merasa menggunkan hujung jari. Jika adunan licin, adunan sudah sedia untuk langkah seterusnya.5. Masukkan tepung jagung dan putar lagi.
6. Satukan esen vanila dan cuka dlm bekas kecil. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
7. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
8. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
9. Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Non dairy Whiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar



Seterusnya, selamat menjamu selera.

Terima kasih

Dari dapur Are Tiey Bakery


Saturday 2 May 2015

ROTI PAUNG GEBU - CUBAAN PERTAMA SAYA

Teks & foto : Nur Zuriatie




Assalamualaikum,

Hari sabtu cuti sekolah. Pagi ini awal-awal sudah siapkan nasi goreng ikan goreng. Alhamdulillah kenyang untuk kami berdua. Tapi anak-anak macam tak mahu makann nasi goreng pula. Jadinya ummi kena pikir alternatif lain apa menu yang anak-anak suka. Kalau ikut kan kakak Iffah, dia memang lebih suka makanan ringan-ringan macam roti. Terpikir pula macam nak cuba roti paung. Selalunya kami akan beli roti paung ni sebaliknya dari sekolah. Beli yang panas-panas lagi memang enak sungguh. Jadi pagi ini ummi godek-godek resepi dan jumpa resepi yang agak simple untuk dicubaa. Bahannya pun mudah nak jumpa. Resepi asal diambil dari blog Jintanmanis.

Jom kita tengok bahan-bahannya dan cara membuatnya.

Bahan -bahannya :
*300 gm tepung gandum/tepung roti/high protein
*60 gm gula
*40 gm susu tepung
1 biji telur
1 sk yis
100 ml air suam
50ml susu segar
1 sb marjerin
1/2/ sk softener

Untuk bahan gris, campurkan sedikit telur + madu + susu segar

Cara-caranya
1. Mula-mula, satukan tepung + gula + susu. Gaulkan sebati kemudian dimasukkan telur.

2. Masukkan marjerin dan gaul rata. Selepas itu dimasukkan yis, bread softer dan uli hingga lembut dan elastik.

3. Perapkan doh dan biarkan naik dua kali ganda.  Kemudian di tumbuk untuk buang angin.

4. Bentukkan doh menjadi 16 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan/loyang. Biarkan doh naik dua kali ganda.

5. sebelum dibakar, sapu permukaan roti dengan telur yang dicampur dengan madu dan susu.

6. Bakar pada suhu 180darjah celsius selama 20 minit. Selepas dibakar, keluarkan dari oven dan letakkan atas redai.

Selamat mencuba.

Tips roti gebu :
- Gunakan tepung roti/high protein untuk hasil yang terbaik.
- Pastikan adunan naik dua kali ganda.
- Lagi tips roti akan menyusul di entri selepas ini.


Saturday 25 April 2015

SEPETANG DI ZOO KEMAMAN

Teks & foto : Nur Zuriatie

Semalam punya cerita. Tengah rasa kebosanan berada di rumah di hari minggu, timbul idea hendak melawat Zoo Kemaman. Dah lama tak bawa anak-anak tengok binatang zoo gini. Asyik tengok kambing, lembu dan burung je. Sekeliling rumah ni pun dah banyak binatang mai melawat termasuk si monyet, tapi demi nak berjalan-jalan, bawa aje ke zoo. Semua da tunjuk muka teruja nak berjalan-jalan. Sesudah ayahnya balik dari solat Jumaat, kami terus keluar. Ditambah pula dengan letrik tiada di rumah. Dari duk berpanas dalam rumah, baiak kuar cepat-cepat masuk kereta. Hehe..

Kami bergerak dari Kg Nyiur dan melalui Lebuhraya Pantai Timur melalui jalan Santong Paka. Perjalanan dalm 45 minit. Terasa gak kami perjalanan ini jauh pula bila lalu ikut highway lepas tu masuk dalam hutan mana entah. Gara-gara duk follow Waze, akhirnya sampai juga dalam kul 3:50.

Lepas bayar tiket, terus kami naik train yang dah tersedia. Mula-mula kami tengok ialah ikan besar. Nama nya dah lupa. Hehe..tapi memang ralit la tengok ikan besar ini. Macam-macam kaler ikan ada. Jom layan gambar di bawah. Senang cerita.
Tengah naik train masuk ke zoo

Ikan paling besar di sini. 

Selfie dengan ikan. Sekali sekala apa salahnya. hehe

Kakak & abang dekat akuarium ikan

Gigih kaka nak angkat adiknya.

Ikan ini sisiknya warna emas. Ajaib ciptaan Allah

Ikan ini pun cantik. 

Sengaja jer dia tayang body nak suh kita amik gambarnya.

Burung cenderawasih aka paradise bird

Parrot putih

Burung merak. Putih bersih bulunya.

Lagi spesis burung merak. Ada banyak sangkar burung merak

Sesi tayang body..

Di menara tinjau. Bileh tahan tingginya. Kami naik jambatan gantung untuk ke sini.

Gambar dengan ummi dia plak. hehe

Menuju ke kediaman orang utan

Orang utan tengah berehat.

Harimau yang dahaga. Asyik mengaum je dia petang ni.

Gajah pun ada. Kakak teruja sangat tengok gajah.

Bunga orkid. Cantik.

Buaya tengah rehat.

Tengah sadai tengkuk kat tepi kolan. Cam comel.

Garang nya saya.



Zoo ini ditutup pukul 5 pm. Jadi rancang perjalanan ke sini sebaiknya. Untuk habiskan sepusingan dalam zoo ini amik masa dalam sejam juga la. Ada kemudahan surau, restoran, kedai runcit, taman permainan, kolan renang. Boleh sangat la untuk layan anak-anak bercuti.

Sekian dahulu buat kali ini. Semoga ketemu lagi.

wassalam.


























Friday 24 April 2015

MENU SARAPAN HUJUNG MINGGU - CEKODOK UDANG

Teks & foto : Nur Zuriatie

Assalamulaikum,
Cekodok udang

Bangun pagi hari ini dengan semangat hendak godek-godek Kelas Bakeri di sekitar Kota Bahru / Kuantan. InysaAllah dalam waktu terdekat ini ingin tambah ilmu dalam dunia bakeri. Tolong doakan saya.

sambil-sambil duk godek internet ni, terjumpa plak resepi buat cekodok udang. Alang-alang try resepi baru, leh terus buat breakfast. Anak-anak memang suka sangat cekodok ni. Yang menarik sikit resepi ini masukkan yis dalam adunan cekodoknya. Memang menjadi lah cekodok ni. Sekilo tepung buat cekodok ni abis sekejap jer. Rangup dan gebu di dalam. Yang bujang, yang malas nak fikir menu apa nak buat, bole sgt la buat cekodok ni. Makan pun kenyang, sedap pula tu.

Jom kita jenguk resepinya. Resepi asal diambil dari fb page Hanie Rich Cake House.

Bahan-bahannya :
500gm tepung gandum
5gm yis
5gm baking powder
1 biji telur
5gm garam
3gm gula
7gm udang kering kisar
500ml air
1 biji kentang disagat
1/2 btg carrot
1 biji bawang besar dicincang
3 biji cili merah dicincang
5 batang daun sup dicincang
10gm taugeh
250gm udang segar dibuang kepala

Cara-cara nya :
1. Gaul semua bahan dengan sebati.
2. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
3. Sedia dihidang.

wassalam.


Cekodok udang