Teks : Nur Zuriatie
Assalamulaikum
Kisah semalam tapi saya nak kongsi jugak hari ini. Pengalaman pertama saya beli oven baru. Tujuan utama untuk upgrade oven yang sudah sedia ada yang agak kecik. Tidak mampu hendak cover permintaan tempahan roti yang makin banyak. Alhamdulillah.rezeki anak-anak.
Carian saya hanya selama dua hari sahaja hingga akhirnya saya membuat keputusan beli built-in oven jenama Morgan. Dengan nama nya sahaja ramai sudah sedia tahu antara jenama oven yang terkenal buatan Sweden. Saya beli oven ni di Kedai elektrik Jose Trading Dungun (antara kedai letrik paling besar di Dungun). Harga yang ditawarkan memenuhi budget kami dalam average harga RM1,2++k. Syukur.
Antara tips-tips pemilihan oven built-in :
1. Spesifikasi
- seperti kapasiti brape (lagi besar lagi banyak muatan pembakaran), fungsi (biasanya 5 fungsi sudah cukup baik) , watt
2. Kualiti dan Jenama.
- Sebaiknya survey jenama oven yang sudah agak dikenali dan dipercayai kualiti nya. Jika ada kawan-kawan terdekat yang sudah biasa memakai oven begini, ada baiknya anda bertanya khabar dulu apa oven yang terbaik boleh kita pilih.
3. Harga.
- Ini bergantung pada kemampuan masing-masing. Untuk masa kini, harga oven ini sudah semakin mahal mungkin kerana fungsi nya yang sudah semakin canggih dan lebih efficient. Pernah bertanya pada kawan yang sudah lama memakai oven sebegini, harga nya dulu boleh dapat dalam RM800. Tapi, sepanjang pemerhatian saya, harga oven ini dalam lingkungan harga RM1000 - RM2,800. Mungkin ada yang lebih mahal dengan fungsi yang lebih canggih dan rekabentuk lebih manarik.
4. Size oven.
- Yang ini pun agak penting kerana oven ini sesuai untuk di pasang ke dalam binaan kabinet. Anda perlu pastikan dapur anda sesuai dengan oven dan size oven nya. Biasanya size oven begini dalam averaga 600mm x 600mm x600mm.
Itu serba-sedikit tips yang saya boleh kongsi kali ini. Hari ini, secara rasminya saya menggunakan oven ini denga jayanya. Cuma ada sedikit ralat bila oven saya tiba-tiba mati ketika sedang membakar. Kelam kabut dibuatnya. Memang ada baiknya kita baca dulu buku rujukan oven bahagian troubleshooting. Rupanya ada masalh di bahagina fuse kepala plug. Selepas ditukar fuse baru, alhamdulillah oven berfungsi seperti biasa.
Moga bisnes roti sarang lebah are_tiey bakery lebih baik dan mampu penuhi permintaan sahabat-sahabat di sekitar Paka-Kerteh. Amin.
Salam sayang
fb fanpage : www.facebook.com/pages/Are-Tiey-Bakery
Saya pon tgh cari oven ni. Nak yg comel2 je habuan nak buat cookies n nak buat kek. Makan2 kat rmh dgn anak2. Hehe
ReplyDelete