Thursday 2 July 2015

BROWNIES OH BROWNIES

Assalamualaikum,





Kisah lama tapi nak juga kongsikan ceritanya disini. Buat pertama kalinya saya terima tempahan paling banyak untuk brownies ni iaitu 4 biji. Mau rasanya nak kasitau saya tak sempat nak buat sebab sekarang ni waktu saya baking hanyalah di waktu malam sahaja sebab saya sudah mula bekerja semula. Nak masak brownies ni amik masa 1 jam juga. Ni kalau 4 biji, mau amik masa 4 jam belum campur masa perlu untuk timbang bahan-bahan dan kacau-kacau. Bila difikir panjang, masa ini lah kita nak buktikan kesungguhan kita dan betapa cita-cita utama saya untuk berjaya dalam dunia baking ku sahut cabaran ini.

Dari office saya bergerak balik dalam pukul 5:15pm. Alhamdulillah abang pun habis kerja awal jadi sempat dia amikkan anak-anak. Terus saya balik rumah nak mulakan kerja di dapur. Terus bakar siap-siap kacang walnut dan timbang satu-satu bahaan. Yang remeh skit bab buat brownies ni bila kita kena timbang satu-satu bahan kesemuanya siap-siap. Nanti masa nak kacau tu, terus masuk jer dan bakar.

Brownies pertama mula kacau dan bakar dalam pukul 6:30pm. Sambil duk tunggu kek siap, terus timbang siap-siap bahan-bahan untuk brownies ke-2. Untuk buat brownies dengan banyak-banyak gini memang perlu banyak loyang la. Brownies yang sudah siap bakar kena duduk dalam loyang dlu hingga dia sejuk dan warna permukaaan brownies nya berkilat-kilat. Biaasanya semalaman juga nak kena tinggal dalam loyang baru brownies tu cantik je kejadiannya.

Trip brownies ke 3 dan 4 selesai waktu malamnya. Alhamdulillah semuanya siap bakar dalam pukul 12 malam. Waktu untuk merehatkan diri sebelum disambung kerja memotong brownies di esok pagi. Lega akhirnya selesai juga. Meh saya kongsikan sebahagian gambar yang sempat saya snap.

Beberapa tips yang saya dapat nak kongsi di sini untuk mereka yang bercita-cita hendak meniaga brownies

1. Untuk menampakkan kekemasan brownies ketika memotong, sebaiknya guna pembaris panjang untuk hasil potongan yang kemas dan sama size. Jika berkesempatan akan saya kongsikan cara macam mana nak memoting brownies dengan pembaris di entri selepas ini.

2. Pembungkusan brownies kena bersesuaian dengan size kek. Gunakan tapak lapik kek yang hampir sama size dengan brosnies. Untuk elakkan kek nanti bergerak-gerak atau goyang di dalam kotak. Untuk nampak ekslusif, guna kotak kek warna putih. Pastikan ketika nak packing brownies nanti, kawasan sekeliling bersih dari kesan tumpahan / kotoran ketika mengacau kek tadi. Kalau tak, bila melekat di kotak yang putih tadi, akan nampak kesannya dan biasanya takkan tanggal dah. Hasilnya kotak akan nampak comot.

3. Hias kotak dengan design simple. Paling mudah letakkan reben halus dan tampal sticker anda supaya ada orang mengenali produk anda. Ianya nampak remeh tapi hasilnya orang yang memandang produk andaa rasa impress kerana ada kelainan. 

Sekian dulu untuk waktu ini. InsyaAllah kita akan ketemu lagi di ruangan selepas ini.

Salam sayang
Zuriatie
Dari kampung halamanku Pulai Chondong Kelantan