Friday, 17 April 2015

TIPS-TIPS PENTING BUAT ROTI YANG GEBU DAN LEMBUT

Assalamulaikum,

Semalam menerima tempahan 4 bekas besar roti sarang lebah dan cheese bun. Alhamdulillah. Seperti biasa, adunan tepung saya sukat di awal pagi sebelum diuli dengan bahan-bahan lain. Elok-elok di campurkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer, adunan menjadi sangat lembik iaitu tidak sama seperti yang biasa dibuat sebelum ini. Memang meresahkan betul bila jadi macam ini. Cuba di campurkan dengan tepung, tapi masih sama. Seingat nya bila dicampur lagi tepung, roti akan jadi keras dan tak sedap di makan. Akhirnya saya membuat buat kali ke-2 adunan roti ini dan alhamdulillah, ia menjadi dengan gebu dan lembut.

Untuk entri kali ini, saya hendak berkongsi sedikit tentang beberapa kesilapan yang patut dielakkan untuk memastikan roti yang kita hasilkan menjadi naik dengan gebu dan cantik. Kebanyakan tips yang saya kongsi ini lebih kepada membuat roti sarang lebah. Biarpun sudah bekali-kali saya membuat roti ini, masih ada kesilapan kecil yang membuatkan roti menjadi keras dan tak cantik. Mungkin kerana selepas menggunkan mixer baru yang mana saya masih lagi belum serasi.

Tips-tips untuk pastikan roti gebu dan lembut


 1. Yis
Pastikan ying yang digunakan bukan yang lama dan sudah dimasuki angin. Untuk cara lebih selamat, sebaiknya yis dicampur dengan air suam dan sedikit gula. Sekiranya yis naik membuih dengan jayanya, insyaAllah roti yang anda hasilkan akan  naik dengan baik. Satu lagi yis jangan diletakkan sebelah garam kerana ia akan merosakkan yis.

SPAR mixer
2. Mixer
Pastikan anda serasi dengan mixer anda. Jika sebelum ini saya meggunakan mixer kecik, jadi air yang dimasukkan sedikit demi sedikit disebabkan bowl mixer yang kecil. Bila menggunakan mixer yang lebih besar, we take for granted pula. Terus dimasukkan semua adunan termasuk airnya sekaligus. Terus lembik jadinya. Sebaiknya, uli dahulu adunan kering sehingga serasi sebelum di masukkan air. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Jika nampak adunan masih kering, masukkan lagi air. Jika adunan masih keras dan tidak lembut, mungkin kita ada silap timbang tepung di awal lagi.

Tepung
3. Tepung
Ini antara kesilapan yang ramai ambil mudah. Sila pastikan tepung di timbang dan disukat dengan betul. Tiada terlebih dan terkurang. Bukan apa, bila terlebih tepung, roti akan keras dan mudah kering. Jika terkurang tepung pula, adunan akan jadi lembik. Ini lagi menyusahkan ketika membentuk dan  menggentel roti nanti. Jika selepas dibakar nanti pun, hasilnya membulat dengan tidak cantik.

Penyukat
4. Sukatan
Yang ini antara punca utama juga kenapa roti tidak naik. Ramai yang amik remeh tentang sukatan dengan main agak-agak. Ini bole menyebabkan adunan roti yang tidak cantik dan hasil yang tidak sama seprti yang di harap. Jika sukatan cawan perlu pakai cawan dan jika sudu, gunakan sebaiknya.

Setakat ini sahaja tips yang mampu sayng kongsi di ruangan ini. Insya Allah akan bersambung lagi dengan tips dan resepi roti yang lebih menarik.

Jumpa lagi.

Untuk tempahan roti
whatsa1943pp / telegram / sms/ call +6010-225 1943
FB : nur zuriatie
Fanpage : Are Tiey Bakery
















No comments:

Post a Comment