Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Thursday, 2 July 2015

BROWNIES OH BROWNIES

Assalamualaikum,





Kisah lama tapi nak juga kongsikan ceritanya disini. Buat pertama kalinya saya terima tempahan paling banyak untuk brownies ni iaitu 4 biji. Mau rasanya nak kasitau saya tak sempat nak buat sebab sekarang ni waktu saya baking hanyalah di waktu malam sahaja sebab saya sudah mula bekerja semula. Nak masak brownies ni amik masa 1 jam juga. Ni kalau 4 biji, mau amik masa 4 jam belum campur masa perlu untuk timbang bahan-bahan dan kacau-kacau. Bila difikir panjang, masa ini lah kita nak buktikan kesungguhan kita dan betapa cita-cita utama saya untuk berjaya dalam dunia baking ku sahut cabaran ini.

Dari office saya bergerak balik dalam pukul 5:15pm. Alhamdulillah abang pun habis kerja awal jadi sempat dia amikkan anak-anak. Terus saya balik rumah nak mulakan kerja di dapur. Terus bakar siap-siap kacang walnut dan timbang satu-satu bahaan. Yang remeh skit bab buat brownies ni bila kita kena timbang satu-satu bahan kesemuanya siap-siap. Nanti masa nak kacau tu, terus masuk jer dan bakar.

Brownies pertama mula kacau dan bakar dalam pukul 6:30pm. Sambil duk tunggu kek siap, terus timbang siap-siap bahan-bahan untuk brownies ke-2. Untuk buat brownies dengan banyak-banyak gini memang perlu banyak loyang la. Brownies yang sudah siap bakar kena duduk dalam loyang dlu hingga dia sejuk dan warna permukaaan brownies nya berkilat-kilat. Biaasanya semalaman juga nak kena tinggal dalam loyang baru brownies tu cantik je kejadiannya.

Trip brownies ke 3 dan 4 selesai waktu malamnya. Alhamdulillah semuanya siap bakar dalam pukul 12 malam. Waktu untuk merehatkan diri sebelum disambung kerja memotong brownies di esok pagi. Lega akhirnya selesai juga. Meh saya kongsikan sebahagian gambar yang sempat saya snap.

Beberapa tips yang saya dapat nak kongsi di sini untuk mereka yang bercita-cita hendak meniaga brownies

1. Untuk menampakkan kekemasan brownies ketika memotong, sebaiknya guna pembaris panjang untuk hasil potongan yang kemas dan sama size. Jika berkesempatan akan saya kongsikan cara macam mana nak memoting brownies dengan pembaris di entri selepas ini.

2. Pembungkusan brownies kena bersesuaian dengan size kek. Gunakan tapak lapik kek yang hampir sama size dengan brosnies. Untuk elakkan kek nanti bergerak-gerak atau goyang di dalam kotak. Untuk nampak ekslusif, guna kotak kek warna putih. Pastikan ketika nak packing brownies nanti, kawasan sekeliling bersih dari kesan tumpahan / kotoran ketika mengacau kek tadi. Kalau tak, bila melekat di kotak yang putih tadi, akan nampak kesannya dan biasanya takkan tanggal dah. Hasilnya kotak akan nampak comot.

3. Hias kotak dengan design simple. Paling mudah letakkan reben halus dan tampal sticker anda supaya ada orang mengenali produk anda. Ianya nampak remeh tapi hasilnya orang yang memandang produk andaa rasa impress kerana ada kelainan. 

Sekian dulu untuk waktu ini. InsyaAllah kita akan ketemu lagi di ruangan selepas ini.

Salam sayang
Zuriatie
Dari kampung halamanku Pulai Chondong Kelantan

Friday, 12 June 2015

NUTELLA CHEESE TART

Teks & foto : Nur Zuriatie

Assalamulaikum,



Kisah buat nutella cheese tart bermula bila teringin sangat nak rasa macam mana bila makan tart ni. Ditambah dengan design tart nya yang agak menarik, saya cuba cari bekas loyang tart size besar ini. Alhamdulillah akhirnya saya jumpa bekas yang dicari di R to Z bakery Kerteh. Harganya murah je dalam lingkungan RM15-RM20. Sengaja di cari bekas yang tapaknya bole diangkat ke atas. Mudah anti bila nak keluarkan tart bila siap bakar nanti.

Bermula pencarian resepi dalam internet. Akhirnya jumpa yang dicari. Alhamdulillah akhirnya dapat merasa tart dengan puas sekali. Afiq menambah-nambah makanya sebab katanya sedap. Sempat juga ku bawa ke pejabat untuk dirasa rakan-rakan. Pun sama mendapt pujian. Nampak ada potensi juga untuk dikongsi rakan-rakan lain. Masih mengira-ngira berapa harga untuk jualan nanti. Pernah nampak ada yang menjual dalam harga RM30-RM40. Mungkin ada yang lebih mahal dan biasanya dia bergantung pada bahan topping yang digunakan. Kalau letak coklat mahal tu, confirm- confirm memang mahal la tart tu. Rasanya pun pasti lagi sedap.

Kali ini saya nak kongsi resepi bagaimana membuat cheese tart ni.


Bahan-bahan kulit tart

125gm mentega/marjerin
60gm gula icing
1 biji telur
250gm tepung gandum
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanila

bahan inti cheese

125gm Cream Cheese (suhu bilik)
1/2 cup Non-Dairy Whipped Cream (sejuk)
4 sudu besar Susu Pekat
1 sudu teh Esen Vanila
secubit Garam
Nutella utk topping

Cara membuat kulit tart :
1. Putar mentega dan gula hingga rata.
2. Masukkan telur dan putar hingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan putar hingga manjadi seketul doh.
5. Bentukkan di dalam acuan tart. Bakar selama 15 minit pada suhu 150 darjah celsius atau keperamgan.

Cara membuat filling cheese
1. Putar cream cheese hingga kembang.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga kembang.

Kemudian ambil kulit tart yang telah sejuk kemudian diisi dengan filling cheese tadi. Paipkan nutella di bahagian atas nya mengikut kreativiti anda.

Sekian.

Salam sayang
Zuriatie
Are Tiey Bakery

PENGALAMAN PERTAMA BERSIFU BELAJAR KEK

Teks & Foto : Nur Zuriatie

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Akhirnya impian saya untuk mula berguru dengan sifu yang pakar dalam kek sudah kesampaian. Agak lama juga duk mencari sifu yang sesuai. Peluang berada di Kuala Lumpur kerana menghantar adik bongsu saya memasuki asasi sains Universiti Islam Antarabangsa membolehkan saya berguru dengan puluhan sifu hebat di KL ini. Saya memilih sifu  Kak Arnizura (Kak Jah) yang berada di Bandar Seri Putra Kajang. Dekat aje dengan rumah makcik tempat kami menginap.

Seawal pukul 8:40 am kami sampai di rumah Kak Jah. Dari bahagian rumah nya sudah agak tuan nya macam mana. Sebelum ini hanya berhubung melalui FB dan bila bersua muka memang beza. Kak Jah ni peramah sangat. Rasa bertuah pula dapt kenal Kak Jah. Rumahnya tersusun cantik dengan hiasan bungaan cantik tergubah. Bahagian dapur lagi la. Memang cantik dan kemas. Sempat pula saambil gambar bahgian dapurnya. Tuan nya memang pandai menghias rumah.
Buku yang disediakan oleh Kak Jah untuk setiap pelajarnya

Papan hitam yang cantik dihiasnya. Siap tulis nama pelajarnya. Terasa disambut dengan mesra sekali

Selfie jap depan papan hitam. Hehe

Sebelum mula kelas, Kak Jah hidangkan kami dengan nasi lemak dan kuih muih. Alhamdulillah kenyang rasanya. Sebelum  mula dengan menimbang bahan-bahan dan baking, saya di terangkan secara terperinci setiap bahan dan cara membuatnya secara teori. Bagus juga caranya begini sebab kita sudah dapat bayangan awal cara membuatnya jadi cepat sikit ketika hendak mengadun kek nanti.

Sesi pertama kami membuat brownies diberi nama Triple Choc Brownies. Caranya mudah je tapi ada tips tertentu yang perlu kita tahu supaya kek naik cantik dan permukaan brownies berkedut cantik. Dari mula menimbang setiap bahan hinggalah mengacau adunan sepenuhnya saya buat sendiri. Kak Jah memerhati sambil beri tunjuk ajar setiap langkah membuatnya. Seronok plak sebab rasa macam buat di dapur sendiri. Hampir 90% kita buat sendiri jadi mudah nak ingat bila buat sendirian nanti.

Sesi kedua kami buat D'food Chocolate Cake. Komplikated sikit caranya tapi dengan tunjuk ajar Kak Jah, rasa yakin nak buat sendiri. Bab paling lama nak siapkan bila sampai masa nak melepa bahagian luar kek dengan coklat ganache. Pertama kali tengok macam mana nak buat coklat ganache. Rupanya mudah je. Dekat sejam lebih juga nak siapkan bahagian terakhir tu. Hasilnya lagi superb bila diletakkan buah-buahan segar strawberry dan coklat. Mengiurkan betul. Tak sabar nak rasa. Kek ni lagi sedap bila dibiarkan semalaman. 
Sesi melepa kek yang menuntut kesabaran kuat. Patut la kek ni memang mahal

Hampir kul 3pm baru selesai kelas personal saya yang pertama ini. Secara ringkas, memang berbaloi ambil kelas peribadi gini sebab banyak sangat tips dalam baking mampu kita belajar. Pengajar pun sangat rajin berkongsi ilmu yang pelbagai sepanjang penglibatan nya dalam dunia bakeri. Perancangan nya nanti akan dibuka tempat baru yang pasti lebih hebat untuk tampung kelas bakeri selepas ini. InsyaAllah akan saya ikuti lagi kelas bakeri dengan Kak Jah. Keseluruhanya, saya sangat teruja dan puas hati. 

Sebelum pulang, sempat Kak Jah hadiahkan sebekas biskut shortbread hasil tangan nya sendiri. Sedap

InsyaAllah saya akan kongsi lagi kisah baru di ruangan entri lain hari. Moga ketemu kembali. Jom layan gambar yang sempat Kak Jah snap ketika sesi kelas. Terima kasih banyak untuk gambar yang comel-comel. 
Posing depan hasil tangan sendiri


Posing lagi....hehe

Sepanjang sesi membuat DFCC

Hasil akhir DFCC

Hasil akhir brownies


Bersama Kak Jah yang comel..hehe

Salam sayang
Are Tiey

Friday, 22 May 2015

ROTI SARANG LEBAH @ KOMPLEKS OPERASI PETRONAS

Teks & foto : Nur Zuriatie

Assalamualaikum,

Sejak diri sendir mula mejejakkan kaki semula ke pejabat selepas cuti panjang, alahmdulillah rezeki tetap masuk. Tempahan roti sarang lebah tak pernah tak ada. Asal jumpa je, mesti semua tanya nak tempah roti sarang lebah. Suka benar diaorang nak makan roti tu sebab katanya roti nya gebu kena pula dengan sos yang manis berlemak tu.

Pagi-pagi dah meriah di pantry. Seronok pula duk layan cerita kawan-kawan ni. Ada saje kisah lucunya. Huhu.



InsyaAllah roti sarang lebah pasti buat selagi permintaan ada. Terima kasih kawan-kawan kerana support produk Are Tiey Bakery.

Dari Dapur Are Tiey Bakery 

Saturday, 2 May 2015

ROTI PAUNG GEBU - CUBAAN PERTAMA SAYA

Teks & foto : Nur Zuriatie




Assalamualaikum,

Hari sabtu cuti sekolah. Pagi ini awal-awal sudah siapkan nasi goreng ikan goreng. Alhamdulillah kenyang untuk kami berdua. Tapi anak-anak macam tak mahu makann nasi goreng pula. Jadinya ummi kena pikir alternatif lain apa menu yang anak-anak suka. Kalau ikut kan kakak Iffah, dia memang lebih suka makanan ringan-ringan macam roti. Terpikir pula macam nak cuba roti paung. Selalunya kami akan beli roti paung ni sebaliknya dari sekolah. Beli yang panas-panas lagi memang enak sungguh. Jadi pagi ini ummi godek-godek resepi dan jumpa resepi yang agak simple untuk dicubaa. Bahannya pun mudah nak jumpa. Resepi asal diambil dari blog Jintanmanis.

Jom kita tengok bahan-bahannya dan cara membuatnya.

Bahan -bahannya :
*300 gm tepung gandum/tepung roti/high protein
*60 gm gula
*40 gm susu tepung
1 biji telur
1 sk yis
100 ml air suam
50ml susu segar
1 sb marjerin
1/2/ sk softener

Untuk bahan gris, campurkan sedikit telur + madu + susu segar

Cara-caranya
1. Mula-mula, satukan tepung + gula + susu. Gaulkan sebati kemudian dimasukkan telur.

2. Masukkan marjerin dan gaul rata. Selepas itu dimasukkan yis, bread softer dan uli hingga lembut dan elastik.

3. Perapkan doh dan biarkan naik dua kali ganda.  Kemudian di tumbuk untuk buang angin.

4. Bentukkan doh menjadi 16 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan/loyang. Biarkan doh naik dua kali ganda.

5. sebelum dibakar, sapu permukaan roti dengan telur yang dicampur dengan madu dan susu.

6. Bakar pada suhu 180darjah celsius selama 20 minit. Selepas dibakar, keluarkan dari oven dan letakkan atas redai.

Selamat mencuba.

Tips roti gebu :
- Gunakan tepung roti/high protein untuk hasil yang terbaik.
- Pastikan adunan naik dua kali ganda.
- Lagi tips roti akan menyusul di entri selepas ini.


Saturday, 25 April 2015

SEPETANG DI ZOO KEMAMAN

Teks & foto : Nur Zuriatie

Semalam punya cerita. Tengah rasa kebosanan berada di rumah di hari minggu, timbul idea hendak melawat Zoo Kemaman. Dah lama tak bawa anak-anak tengok binatang zoo gini. Asyik tengok kambing, lembu dan burung je. Sekeliling rumah ni pun dah banyak binatang mai melawat termasuk si monyet, tapi demi nak berjalan-jalan, bawa aje ke zoo. Semua da tunjuk muka teruja nak berjalan-jalan. Sesudah ayahnya balik dari solat Jumaat, kami terus keluar. Ditambah pula dengan letrik tiada di rumah. Dari duk berpanas dalam rumah, baiak kuar cepat-cepat masuk kereta. Hehe..

Kami bergerak dari Kg Nyiur dan melalui Lebuhraya Pantai Timur melalui jalan Santong Paka. Perjalanan dalm 45 minit. Terasa gak kami perjalanan ini jauh pula bila lalu ikut highway lepas tu masuk dalam hutan mana entah. Gara-gara duk follow Waze, akhirnya sampai juga dalam kul 3:50.

Lepas bayar tiket, terus kami naik train yang dah tersedia. Mula-mula kami tengok ialah ikan besar. Nama nya dah lupa. Hehe..tapi memang ralit la tengok ikan besar ini. Macam-macam kaler ikan ada. Jom layan gambar di bawah. Senang cerita.
Tengah naik train masuk ke zoo

Ikan paling besar di sini. 

Selfie dengan ikan. Sekali sekala apa salahnya. hehe

Kakak & abang dekat akuarium ikan

Gigih kaka nak angkat adiknya.

Ikan ini sisiknya warna emas. Ajaib ciptaan Allah

Ikan ini pun cantik. 

Sengaja jer dia tayang body nak suh kita amik gambarnya.

Burung cenderawasih aka paradise bird

Parrot putih

Burung merak. Putih bersih bulunya.

Lagi spesis burung merak. Ada banyak sangkar burung merak

Sesi tayang body..

Di menara tinjau. Bileh tahan tingginya. Kami naik jambatan gantung untuk ke sini.

Gambar dengan ummi dia plak. hehe

Menuju ke kediaman orang utan

Orang utan tengah berehat.

Harimau yang dahaga. Asyik mengaum je dia petang ni.

Gajah pun ada. Kakak teruja sangat tengok gajah.

Bunga orkid. Cantik.

Buaya tengah rehat.

Tengah sadai tengkuk kat tepi kolan. Cam comel.

Garang nya saya.



Zoo ini ditutup pukul 5 pm. Jadi rancang perjalanan ke sini sebaiknya. Untuk habiskan sepusingan dalam zoo ini amik masa dalam sejam juga la. Ada kemudahan surau, restoran, kedai runcit, taman permainan, kolan renang. Boleh sangat la untuk layan anak-anak bercuti.

Sekian dahulu buat kali ini. Semoga ketemu lagi.

wassalam.


























Friday, 24 April 2015

MENU SARAPAN HUJUNG MINGGU - CEKODOK UDANG

Teks & foto : Nur Zuriatie

Assalamulaikum,
Cekodok udang

Bangun pagi hari ini dengan semangat hendak godek-godek Kelas Bakeri di sekitar Kota Bahru / Kuantan. InysaAllah dalam waktu terdekat ini ingin tambah ilmu dalam dunia bakeri. Tolong doakan saya.

sambil-sambil duk godek internet ni, terjumpa plak resepi buat cekodok udang. Alang-alang try resepi baru, leh terus buat breakfast. Anak-anak memang suka sangat cekodok ni. Yang menarik sikit resepi ini masukkan yis dalam adunan cekodoknya. Memang menjadi lah cekodok ni. Sekilo tepung buat cekodok ni abis sekejap jer. Rangup dan gebu di dalam. Yang bujang, yang malas nak fikir menu apa nak buat, bole sgt la buat cekodok ni. Makan pun kenyang, sedap pula tu.

Jom kita jenguk resepinya. Resepi asal diambil dari fb page Hanie Rich Cake House.

Bahan-bahannya :
500gm tepung gandum
5gm yis
5gm baking powder
1 biji telur
5gm garam
3gm gula
7gm udang kering kisar
500ml air
1 biji kentang disagat
1/2 btg carrot
1 biji bawang besar dicincang
3 biji cili merah dicincang
5 batang daun sup dicincang
10gm taugeh
250gm udang segar dibuang kepala

Cara-cara nya :
1. Gaul semua bahan dengan sebati.
2. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
3. Sedia dihidang.

wassalam.


Cekodok udang


Thursday, 23 April 2015

AL KISAH SEORANG PENCURI

Teks : Nur Zuriatie
Gambar : Google

Selamat pagi & Assalamulaikum,

Bangun pagi ini dengan semangat untuk menulis satu blog kesayangan saya ini. Terpandang sebuah buku elok terletak di sebelah laptop ini. Bertajuk 'Senyumlah...ALKISAH Pedoman untuk anakku'...dibelek-belek dan tertarik pada sebuah tajuk AL-KISAH SEORANG PENCURI

Menarik kisah nya.

Kisahnya bermula dengan seorang pencuri yang kerjanya mencuri dan menjual barang yang dicurinya. Namanya Yazid. Hampir segala benda dia nak curi sebab sudah memang sebati dalam dirinya kerja mencuri ini.

Suatu hari dibukakan hati nya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dia berjumpa dengan seorang ustaz bernama Ustaz Yusof. Kata Yazid " Saya ingin bertaubat dan bagaimana caranya ??"

Jawab Ustaz " Awak tak perlu susah, cuma buat satu benda sahaja. Jangan cakap bohong dengan ustaz. Selepas solat berbicara dengan Allah kena jujur dan cakap benar".

"ye ke Ustaz. Mudahnya. Simple sangat je tu " kata Yazid

Yazid berjalan-jalan dan dia sampai ke supermarket. Dan dia ingin mencuri semula

Tapi kata hatinya " Esok saya akan jumpa ustaz lagi. Ustaz pasti tanya apa saya ada lakukan kesalahan. Dan saya dah janji dengan dia jangan tipu. " Akhirnya dibatalkan niatnya.

Malamnya, dia seorang pelacur melalui hadapann rumahnya. Yazid hampir memanggilnya.

"Teringat janji mesti bercakap benar, besok pergi solat subuh dah kena jawab diri sendiri  pda Allah, nanti Ustaz bertanya kena bagitahu...pasti kene leter panjang " . Akhirnya dilupakan hasratnya.

Selepas 3 bulan tidak berbohong, akhirnya Yazid berubah dari seorang pencuri kepada muslim yang soleh dan membuka sebuah restoran. Yazid amat berterima kasih kepada Ustaz Yusof dan mereka saling berpelukan. Kata Ustaz, beginilah caranya dia mendidik anaknya. Jangan bercakap bohong pada diri sendiri, ibu bapa dan paling penting Allah. Biar sakit dirotan atas mengakui kesilapan daripada berkata-kata bohong yang bisa menyakitkan hati umpana dicucuk beribu jarum.

Kesimpulannya, berlakulah jujur dalam apa jua yang kita buat. Memang ingatan untuk diri sendiri yang tak pernah lari dari membuat salah silap. Bercakap lah benar biar ianya pahit.

Wassalam.




Wednesday, 22 April 2015

CREAM PUFF JEPUN YANG FENOMENA

Teks & Foto : Nur Zuriatie


Assalamulaikum

Akhirnya ada juga sedikit masa untuk saya menyelit untuk mencoret sedikit dalam blog kesayangan ini. Seminggu ini agak kesibukan dek mengejar tempahan dari sahabat yang teruja dengan produk terbaru kami Are Tiey Bakery iaitu Cream Puff Jepun atau ada yang memanggil desert ini dengan panggilan J-POP. Memang fenomena betul. Idea asal bermula bila melihat seorag sahabat baker yang mencuba membuat cream puff ini dan ia mendapat sambutan hebat. Dek kerana keiginan hendak merasa puff ini ditambah pula dengan bentuk puffnya yang cukup menarik, saya teruja untuk mencuba.

Alhamdulillah cubaan pertama saya agak menjadi. Biarpun ada sedikit yang kurang naik tapi rasanya memang cukup luar biasa. Patut lah kuih ini begitu mendapat sambutan.
Fresh keluar dari oven

Tempahan yang berjaya disiapkan. Alhamdulillah

Puff yang sedia untuk dihantar

Untuk membuatnya memang perlu kesabaran dan sedikit skill terutama dalam mempipe bunga puff untuk menghasilkan puff yang kembang naik tinggi. Bila sudah kerap mempipe, alhamdulillah hasilnya makin cantik. Teruja sangat bila tengok puff yang cantik merekah dan gebu lembut ini. Kebanyakan mereka yang sudah mencuba puff ini memberi maklumbalas bagus. Ada yang repeat order sampai 3 hari berturut-turut pun ada. 

Saya menggunakan resepi dari blog Pn Azlita . InsyaAllah memang jadi. 

Kalau ada yang agak malas nak menggodek resepi, boleh tempah sahaja. 

SMS/Whatsapp / Telegram : +6010-225 1943
FB Fanpage : Are Tiey Bakery




Saturday, 18 April 2015

ROTI SARANG LEBAH DARI ARE TIEY BAKERY

Assalamulaikum,

sudah 2 hari tidak meroti. Rasa rindu pula nak menggentel roti ni. Suka bila roti naik dengan jayanya dan hasilnya yang gebu dan lembut.

Antara gambar terbaik yang berjaya di ambil dalam kelam kabut menyiapkan order. Memang kebiasaanya akan kelam kabut duk kerna mengejar masa mengambil anak-anak balik dari sekolah. Sudah masuk kerja nanti entah macam mana pula kelam kabut nya. Adik lelaki saya pernah  cakap yang saya kerja dulu dengan kerja yang sekarang sama-sama sibuk. Ya..memang betul. Tapi ada kepuasan di hati dengan kerja yang saya buat sekarang. Kepuasan bila berjaya memenuhi permintaan sahabat dan bila ada yang menyatakan gembira dan suka dapat makan roti sarang lebah ini. Kebanyakan pelanggan yang pernah rasa roti ini, pasti akan repeat order sebab rasanya memang tak pernah puas. Dengam roti yang gebu dan sos butterscotch yang cukup sedap, memang cukup sempurna. Kalau ditanya pada rakan-rakan bakery lain, roti sarang lebah ini antara roti yang paling cepat habis. Memang hebat penangan roti ini. 

Are Tiey Bakery sedia terima tempahan roti sarang lebah anda. Sedia membuat penghantaran di sekita Paka - Kerteh. Roti yang kasmi buat fresh pada hari yang sama anda order untuk pastikan anda medapat roti yang paling fresh.

Sila hubungi 010-2251943 untuk tempahan atau lawati fb fanpage Are Tiey Bakery