Teks & foto : Nur Zuriatie
Assalamulaikum,
Kisah buat nutella cheese tart bermula bila teringin sangat nak rasa macam mana bila makan tart ni. Ditambah dengan design tart nya yang agak menarik, saya cuba cari bekas loyang tart size besar ini. Alhamdulillah akhirnya saya jumpa bekas yang dicari di R to Z bakery Kerteh. Harganya murah je dalam lingkungan RM15-RM20. Sengaja di cari bekas yang tapaknya bole diangkat ke atas. Mudah anti bila nak keluarkan tart bila siap bakar nanti.
Bermula pencarian resepi dalam internet. Akhirnya jumpa yang dicari. Alhamdulillah akhirnya dapat merasa tart dengan puas sekali. Afiq menambah-nambah makanya sebab katanya sedap. Sempat juga ku bawa ke pejabat untuk dirasa rakan-rakan. Pun sama mendapt pujian. Nampak ada potensi juga untuk dikongsi rakan-rakan lain. Masih mengira-ngira berapa harga untuk jualan nanti. Pernah nampak ada yang menjual dalam harga RM30-RM40. Mungkin ada yang lebih mahal dan biasanya dia bergantung pada bahan topping yang digunakan. Kalau letak coklat mahal tu, confirm- confirm memang mahal la tart tu. Rasanya pun pasti lagi sedap.
Kali ini saya nak kongsi resepi bagaimana membuat cheese tart ni.
Bahan-bahan kulit tart
125gm mentega/marjerin
60gm gula icing
1 biji telur
250gm tepung gandum
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
bahan inti cheese
125gm Cream Cheese (suhu bilik)
1/2 cup Non-Dairy Whipped Cream (sejuk)
4 sudu besar Susu Pekat
1 sudu teh Esen Vanila
secubit Garam
Nutella utk topping
Cara membuat kulit tart :
1. Putar mentega dan gula hingga rata.
2. Masukkan telur dan putar hingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan putar hingga manjadi seketul doh.
5. Bentukkan di dalam acuan tart. Bakar selama 15 minit pada suhu 150 darjah celsius atau keperamgan.
Cara membuat filling cheese
1. Putar cream cheese hingga kembang.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga kembang.
Kemudian ambil kulit tart yang telah sejuk kemudian diisi dengan filling cheese tadi. Paipkan nutella di bahagian atas nya mengikut kreativiti anda.
Sekian.
Salam sayang
Zuriatie
Are Tiey Bakery
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Friday, 12 June 2015
Thursday, 16 April 2015
KEK HOKKAIDO
Teks : Nur Zuriatie
Gambar : Nur Zuriatie
Assalamulaikum,
Terima panggilan dari guru kelas Afiq memberitahu tentang perancangan kelas tahun 5 dan 6 akan mengadakan majlis sambutan hari lahir. Sambutan ini memang buat setiap 2 bulan sekali dan kali ini Afiq antara mereka yang disambut. Terus ligat otak berfikir apa makanan yang sesuai untuk kanak-kanak riang ini. Akhirnya saya memilih untuk membuat kek coklat keju kukus dan kek hokkaido.
Petang nya kami keluar mencari bahan sambil membeli sedikit makanan kudapan untuk dibuat beg cenderahati sempena majlis nanti. Malamnya , saya menyiapkan kedua-dua jenis kek. Alhamdulillah semua nya selesai dalam pukul 12pm.
Buat kek hokkaido ni mudah sahaja cuma perlu sedikit ketekunan bila bab handak mengasingkan kuning telur dengan putih telur. Memang perlu sedikit kepakaran dalam memecahkan telur sebab kalau yang kurang mahir, kuning telur mudah pecah ketika pecahkan telur. Sudah banyak kali duk buat kek hokkaido ini, akhirnya saya jumpa gajet menarik egg separator yang dibeli di sebuah kedai bakery di Kelantan. Alhamdulillah kerja nya lebih mudah.
Kali ini saya hendak kongsi resepi kek hokkaido ini. Resepi ini hampir sama dengan kebanyakan resepi dalam blog lain tapi ada sedikit kelaianan selepas saya mendapat
sedikit tips dari pakar kek hokkaido berasal dari Kelantan. Rahsianya pada tepung yang kita guna. Jika resepi yang biasa kita jumpa di blog lain dia menggunakan tepung kek dan tepung kastda, tapi kali ini saya menggunakan tepung nova. Tepung ini mudah di dapati di bakery.Jom kita lihat bahan dan cara membuatnya.
Cara membuat kek
Bahan - bahan
Adunan A
4 biji kuning telur gred A
118gm tepung nova
40ml susu UHT/segar
40ml minyak jagung
Adunan B
4 biji putih telur gred A
80 gm gula
secubit garam
Cara membuatnya :
1. Siapakan adunan A dahulu. Dengan menggunakan whisk, kacau adunan kuning telur hingga kembang.
2. Masukkan susu dan minyak dan digaul sebati.
3. Kemudian dimasukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau hingga sebati. Ketepikan.
4. Untuk adunan B, pukul putih telur bersama gula dan garam dengan menggunakan mixer pada kelajuan tinggi sehingga kembang berwarna putih gebu dan bertanduk. Untuk pastikan adunan maringue ini sudah cukup kembang, cuba terbalikkan mangkuk dan adunan tidak jatuh ke bawah.
5. Kemudian, ambik 1/4 bahagian dari adunan B dan di campur ke dalam adunan A. Guna kaedah kaup balik untuk pastikan adunan cukup ringan dan pastikan kek naik dengan baik selepas di bakar nanti. Sudahi menggaul dengan adunan B yang selebihnya.
6. Masukkan ke 2/3 scoop adunan ke dalam cup untuk dibakar. Bakar pada suhu 180celcius selama 15-20minit. Gunakan api bawah dahulu selama 10 minit pertama kemudian tukar pada api atas-bawah.
Cara membuat krim kastad
Bahan-bahan
70gm instant kastad
200 ml susu segar/UHT
100ml whipping krim
Cara membuat :
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan mix dengan menggunakan mixer pada kelajuan sederhana sehingga sebati
2. Masukkan kastad ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam kek yang telah sejuk sehingga intinya naik ke atas. Hiaskan denga taburan buah segar dan gula ising.
sedikit tips untuk dikongsi :
- sekiranya putih telur tatp cair apabila dipukul, mungkin atas 3 sebab sahaja iaitu :
i. telur lama
ii. putih telu masuk air / bekas yang digunakan terdapat air
iii. putih telur masuk kuning telur
Selamat mencuba.

kami sedia menerima tempahan kek hokkaido sempena dengan majlis hari jadi, majlis di pejabat, kenduri dan sebarang majlis.
dari dapur Are Tiey Bakery
whatsapp / call / sms : +6010-225 1943
fb : nurzuriatie
fanpage : Are Tiey Bakery
Subscribe to:
Posts (Atom)


