Thursday, 7 May 2015

VANILA CUPCAKE DENGAN CREAM CHEESE FROSTING

Assalamulaikum,



Akhirnya selepas hampir 6 bulan saya berada dalam mode bercuti panjang, saya kembali semula ke pejabat tercinta dengan hati yang berbunga-bunga. Bunyi macam teruja kembali bekerja sedangkan ramai gak yang duk ingat saya akan terus bercuti panjang. Memang betul. Niat di hati makin membara menuju ke arah itu sebenarnya cuma belum sampai lagi masanya. InsyaAllah ia pasti jadi dengan cabang penglibatan saya dalam dunia bakeri ini makin kukuh. Terlalu banyak lagi yang perlu balajar dan banyak lagi sifu-sifu hebat yang hendak kita berguru. Tolong doakan saya.

Tarikh 5 May 2015 kaki melangkah semangat masuk workstation baru. Berada di position baru selepas 6 bulan bercuti memang mencabar dan banyak sangat benda baru kena belajar. Tapi dalam kesibukan bekerja ni, saya akan teruskan dengan dunia bakeri dan perniagaan Are Tiey Bakery. Alhamdulillah, hari pertama melangkah ke office, saya terima tempahan cupcake yang pertama. Permintaan dari sahabat dalam office yang sama sempena sambutan hari lahir anaknya di sekolah. Katanya nak cream frosting dengan gabungan kaler pink dan biru. Cukup mencabar tu sebab sebelum ini belum pernah mencuba.

Dari carian google, saya memilih resepi vanila cupcake hasil kerja tangan Kak Azie Kitchen. Terasa resepi ini antara yang terbaik vanila cupcake yang patut semua orang cuba. Rasanya memang kaya dengan rasa vanila digabung dengan cream cheese frosting yang sedang-sedang manis.

Jom kita layan resepinya.

Bahan bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 sk serbuk vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sk cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)

Cara-cara:1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2.Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.
4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. 
5. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.
Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese

Resepi cream cheese frosting pula diambil dari resepi Kak Azlita Masam Manis

250 gm cream cheese - biarkan dia lembut dahulu
100gm butter tanpan garam
180 gula icing (gula castor pun boleh)
1 cawan non-dairy whipping cream
pewarna oil base pink dan biru

Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut  dan bertukar keputihan.
Perlahankan mixer dan tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul sehingga sebati
Dalam bekas berasingan, pukul whipping cream hingga gebu dan bertanduk.
Satukan whipping cream dengan adunan cheese dan gaul menggunakan kaedah kaup balik.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan diwarnakan dengan warna biru dan pink.
Masukkan dalam piping bag dengan meletakkan sebelah menyebelah dan sedia untuk di paip atas cupcake . 

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment