Saturday, 2 May 2015

ROTI PAUNG GEBU - CUBAAN PERTAMA SAYA

Teks & foto : Nur Zuriatie




Assalamualaikum,

Hari sabtu cuti sekolah. Pagi ini awal-awal sudah siapkan nasi goreng ikan goreng. Alhamdulillah kenyang untuk kami berdua. Tapi anak-anak macam tak mahu makann nasi goreng pula. Jadinya ummi kena pikir alternatif lain apa menu yang anak-anak suka. Kalau ikut kan kakak Iffah, dia memang lebih suka makanan ringan-ringan macam roti. Terpikir pula macam nak cuba roti paung. Selalunya kami akan beli roti paung ni sebaliknya dari sekolah. Beli yang panas-panas lagi memang enak sungguh. Jadi pagi ini ummi godek-godek resepi dan jumpa resepi yang agak simple untuk dicubaa. Bahannya pun mudah nak jumpa. Resepi asal diambil dari blog Jintanmanis.

Jom kita tengok bahan-bahannya dan cara membuatnya.

Bahan -bahannya :
*300 gm tepung gandum/tepung roti/high protein
*60 gm gula
*40 gm susu tepung
1 biji telur
1 sk yis
100 ml air suam
50ml susu segar
1 sb marjerin
1/2/ sk softener

Untuk bahan gris, campurkan sedikit telur + madu + susu segar

Cara-caranya
1. Mula-mula, satukan tepung + gula + susu. Gaulkan sebati kemudian dimasukkan telur.

2. Masukkan marjerin dan gaul rata. Selepas itu dimasukkan yis, bread softer dan uli hingga lembut dan elastik.

3. Perapkan doh dan biarkan naik dua kali ganda.  Kemudian di tumbuk untuk buang angin.

4. Bentukkan doh menjadi 16 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan/loyang. Biarkan doh naik dua kali ganda.

5. sebelum dibakar, sapu permukaan roti dengan telur yang dicampur dengan madu dan susu.

6. Bakar pada suhu 180darjah celsius selama 20 minit. Selepas dibakar, keluarkan dari oven dan letakkan atas redai.

Selamat mencuba.

Tips roti gebu :
- Gunakan tepung roti/high protein untuk hasil yang terbaik.
- Pastikan adunan naik dua kali ganda.
- Lagi tips roti akan menyusul di entri selepas ini.


No comments:

Post a Comment