Monday, 30 March 2015

RESEPI MAKARONI GORENG SIMPLE



assalamulaikum,

Dek kerna seharian penat menyiapkan tempahan roti,jadinya malam ni ummi nak masak-masak simple sahaja. Iaitu Makaroni Goreng dengan daging cincang. Cara buatnya mudah dan cepat. Rasanya memang marbeles dengan anak-anak makan berselera sangat.

sebab ada yang bertanya macam mana hendak masak makaroni goreng ini, meh saya kongsi resepinya seperti d bwah. Selamat mencuba.

RESEPI MAKARONI GORENG YANG SIMPLE + SEDAP

Bahan-bahan
200 gm daging cincang
makaroni (direbus dan ditoskan)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dicincang dadu)
1 tin sos spagetti Prego original
sos tomato dan sos lada
garam dan gula
carrot , lada benggala, brokolli, cendawan dipotong kecik

Cara-cara nya
1. Tumis bawang dengan minyak hingga garing
2. Masukkan sos spagetti dan goreng hingga naik minyak
3. Masukkan daging cincang
4. Masukkan sos tomato, sos lada dan sayur-sayuran
5. Akhir sekali masukkan makaroni dan diperasakan dengan garam gula.
6. Sedia untuk dihidang.

Itu sahaja perkongsian saya untuk resepi mudah ini. Rajin-rajin memcuba.

wassalam

No comments:

Post a Comment