Assalamualaikum & Salam Kasih Sayang,
Syukur alhamdulillah, beri kelapangan masa untuk memulakan blog rasmi saya iaitu nurzuriatie.blogspot.com. Adalah lebih baik untuk saya mulakan entri pertama ini dengan sesi perkenalan tentang diri saya.
Diberi nama Nur Zuriatie Bt Che Supli @ Ab Rahman, mempunyai darah kelahiran negeri yang mendapat gelaran serambi Mekah iaitu Kelantan pada tarikh 9 Februari 1982. Ayah adalah seorang guru matematik dan ibu seorang surirumah sepenuh masa. Saya adalah anak sulong dari 5 orang adik-beradik. Mendapat didikan awal di Sek Keb Pulai Chondong I sehingga habis pengajian sekolah rendah. Alhamdulillah, mendapat rezeki menyambung pengajian peringkat menengah di sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menegah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa dari tahun 1995-1999. Dengan keputusan SPM, saya mendapat panggilan untuk menyambung pengajian di bahagian Matrikulasi Kolej Aman Rawang Selangor. Berbekal pengalaman selama berada di asrama sebelum itu, ummi melepaskan anak sulong nya ini ke luar negeri Kelantan. Syukur, akhirnya, kini memegang ijazah Bachelor Degree in Telecommunication Engineering dari Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Selama pengajian di UM, saya ditaja penuh dengan biasiswa boleh ubah dari PETRONAS sehingga lah akhirnya saya diterima menjawat jawatan eksekutif di salah sebuah anak syarikatnya iaitu PETRONAS Carigali Sdn Bhd wilayah Pantai Timur. Sehingga kini, sudah genap lebih dari 9 tahun saya berkhidmat dengan syarikat multi-nasional ini. Pelbagai pahit manis pengalaman sudah dikutip dan semua cukup mematangkan saya. Diberi tanggungjawab menggalas jawatan Sourcing Excutive, tugasanya cukup mencabar. Meyediakan kertas kerja uuntuk diluluskan oleh pihak pengurusan atasan disamping mengejar dateline projek yang kebiasaannya menuntut kerja lebih masa dan mesyuarat di luar kawasan. Berkomunikasi dengan kontraktor dari perlbagai background dan ragam cukup mencabar minda disamping menjaga etika sebagai staf syarikat dan paling penting integriti.
31 Disember 2006, saya sah bergelar isteri kepada suami tercinta Mohd Arif B Mohd Zain. Juga sama-sama staf di syarikat yang sama, kami menetap di Kerteh - Paka dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Nur Iffah Faqihah, Muhammad Afiq Fikri, Nur Iman Syafiqah dan Nur Ainaa Aqilah. Inilah permata hati saya yang paling saya sayangi dan paling penting dalam hidup hingga sampai masanya nanti, akan saya lepaskan kerjaya saya di PETRONAS. InsyaAllah. Apa yang membuatkan saya memilih untuk bersama keluarga dan meninggalkan peluang kerjaya yang bagus dengan gaji yang cukup lumayan, akan saya kongsikan di ruangan entri selepas ini. InsyaAllah.
Salam ukhuwah
zuriatie
fb : https://www.facebook.com/nur.zuriatie
email : zuriatiechesupli@gmail.com
No comments:
Post a Comment