Friday, 10 April 2015

ROTI PERANCIS (FRANCE BREAD)

Teks : Nur Zuriatie
Gambar : Nur Zuriatie

Roti Perancis dihidang bersama sup cendawan panas.

Assalamulaikum,

Dari pagi duk sibuk dengan membakar roti je. Alhamdulillah. Selesai sudah tanggungjawab memenuhi permintaan rakan-rakan yang order Roti Sarang Lebah dan Kek Coklat Keju Kukus. Waktu dah petang-petang gini, mari mood nak masak nasi pun takde. Jadi nya terpikir nak buat roti perancis cicah dengan sup cendawan. Fuhh. Memang asyik la. Tambah-tambah menu ni sesuai untuk mereka yang nak diet.

Duk google resepi dari blog Ourkizuna. Resepinya mudah je. Sesiapa yang berani mencuba, insyaAllah memang menjadi. Nak buat pun kejap jer.

Resepi Roti Perancis (french bread)

Bahan bahan
200gm  tepung roti 
100gm tepung gandum
1/2 sudu kecil yis kering  
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
200ml air suam
1 sudu besar minyak jagung
Butter untuk sapu atasnya

Kaedah membuatnya
1. Bancuh yis dalam air suam dengan sikit gula. Biarkan sampai berbuih
2. Di dalam magkuk besar, campur tepung, gula, garam dan ratakan.
3. Masukkan yis yang dah kembang dan minyak. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sampai tak melekit. Kalau terlalu melekit masuk tepung sikit. Proses ni biasanya ambik masa dalam 15-20 minit.
4. Tutup adunan dan biarkan di tempat yang agak-agak suam dalam 1 jam atau sehingga kembang sekali ganda.
5. Tumbuk-tumbuk adunan untuk buang angin dan uli sikit. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan bulat bulat. Dan biar 10 minit.
Adunan yang siap diuli. Kena tunggu sejam

Cara membentuk roti saya follow blog sini pula SINI

Sedang dibakar.
Panaskan oven 200darjah. 5 minit sebelum masuk roti dalam oven sembur air ke dalam oven. Nak bagi ada wap. Ni yang akan buat roti jadi rangup kat luar. Hiris dengan pisau tajam menyerong. 

Bakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan. Hasil nya lihat lah di bawah.

Roti yang sudah siap dibakar
Keesokkan paginya, roti perancis ni jadi juadah sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. Memang sesuai sangat untuk ibu-ibu yang nak cepat sediakan makanan sarapan. Cuma  panaskan sup dan potong kecik-kecik roti.

Penuh perasaan akak makan roti 

JALAN-JALAN PULAU PERHENTIAN - SIRI III

Teks : Nur Zuriatie
Gambar : Nur Zuriatie

Assalamulaikum,

Entri ke III ini, saya nak kongsi perjalanan kami seharian di pulau perhentian ni di hari ke 2 dan 3. Di awal pagi saya dan si kecik serta kakak Iffah ronda-ronda kawasan pulau. Nak merasa suasana di awal pagi ketika matahri terbit. Sempat tinjau pokok dengan buahnya yang bentuk agak pelik. Sampai sekarang kitaorg tak tahu apa nama pokok ni tapi buahnya agak mearik bentuk nya. Ataupun kami yang jakun sebab tak kenal nama pokok ini. hehehe.

Inilah buahnya

Selepas sarapan, kami bermain air pantai lagi. Kakak nya pula ayahnya tanam dalam pasir pantai. Suka sangat adik-adiknya duk tengok kakaknya tidur dalam pasir. Sambil duk layan si kecik main air di tepian, sempat juga duk terpandang ikan-ikan kecil duk berenang di tepi tempat kami mandi. Rasa nak tangkap dengan tangan gitu je.

Dekat 2-3 jam juga kami berendam lepas tu kami masuk bilik dan berehat. Lepas makan tengah hari, kami menunggu bot untuk island hopping pula. Untuk yang tak tahu apa dia island hopping ni, dia adalan pusing-pusing pulau sekitar sini dengan bot. Pemandu bot akan tinggalkan kita dalam 30 minit untuk kita pusing kawasan dan mandi-manda sebelum menyambung perjalanan ke pulau-pulau lain. Untuk pengetahuan semua, di sini banyak lagi nama pulau-pulau lain seperti Pulau Pasir Panjang, Pulau Romantik, Pulau Kecil dll. Kami singgah juga di pekan Pulau Perhentian di mana ada terdapat kebanyakan kemudahan asas seperti sekolah rendah (sekolah menengah dlm penbinaa), masjid (baru sahaja siap 2 minggu dari masa kami sampai situ), pasar, balai polis, klinik dsb.

Menaiki bot untuk island hopping


Jika yang muda-muda boleh naik ke atas bukit dan tengok kincir angin di Pulau Pasir Panjang untuk ambil gambar dan tengok pemandangan ketika matahari terbenanm. Subhanallah.sungguh cantik. Antara pulau yang paling menarik perhatian kami ialah Pulau Romantik. Pasir nya lebih halus dari pantai lain. Di tepi pantainya ada di gantung karang laut (coral) yang cukup romantik. Airnya pun lagi jernih. Sayangnya kami singgah sekejap jer sekadar untuk ambil gambar. Habis senja kami sampai ke chalet kami.


Di pekan pulau perhentian

Perhentian terakhir kami di Pulau Kecik. Memang happening sungguh bila sepanjang kita menyusur pantai, diiringi dengan muzik yang kuat dari speaker besar. Untuk golongan muda sesuai sangat.

Salah satu pemandangan dari Pulau Pasir Panjang
Di Pulau Romantik. kelihatan matahari sedang terbenam
Nampak tak coral yang tergantung di pokok tu. Romantik betul.
Malamnya, kami dihidang dengan makanan bbq dan kami berehat awal.

Esok pagi seperti biasa, kami mandi pulau untuk kali terakhir. Pukul 11pm, kami bertolak pulang ke tanah besar.
Bermain pasir sampai puas sebelum bertolak balik
Konklusinya, pengalaman kami ke pulau ini sungguh menyeronokkan dan akan kami rindukan suasana nya. Jauh berbeza dengan kita yang berada di darat. Kenderaan asasnya bot dan segalanya serba serbi terhad. Harga barangan agak mahal dan kebanyakan yang ada keperluan asas sahaja. Kami cuba cari selipar jepun anak yang no 3 Iman , memang takde jual. Untuk peringatan, pastikan segala keperluan asas di bawa dibawa cukup lengkap dan baik.

Moga diberi kesempatan dan rezeki lagi untuk merasai suasana pulau sebegini. Mungkin di pulau yang lain pula. Jemputlah ke pulau perhentian kerana anda akan dapat suasana berbeza dari pulau lain.

Selamat tinggal. Kami akan datang lagi. InsyaAllah
 wassalam.

Salam sayang
Zuriatie
Kg Nyiur, Dungun

Tuesday, 7 April 2015

JALAN-JALAN PULAU PERHENTIAN - SIRI II

Assalamulaikum,

Kisah perjalanan kami bermula dari Kg Nyiur Dungun pada pukul 7 am. Iffah, afiq & Iman sekali kejut jer terus bangun mandi. Mudah sangat bangunnya bila cakap nak jaan-jalan pergi pulau. Dalam perjalanan, terima panggilan dari Samudera Chalet untuk check lokasi kami untuk pastikan  feri sudah bersedia apabila kami sampai nanti. Trip pertama sudah bergerak pukul 8 am lagi dan kami kemungkinan menaiki feri trip ke 2.

Perjalanan selama 2 jam maknanya kamu tiba di Pekan Besut pukul 9am. Memandangkan feri belum sedia lagi, kami sempat sarapan di restoran berhampiran. Harga yang dikenakan agak berpatutan dan makanan pun sedap.
Sedang menuggu feri di pejabat Samudra Chalet

Lebih kurang sejam menunggu, feri tiba dan kami mula menaiki feri nya iaitu lebih kurang boat penumpang berbumbung memuatkan lebih kurang 15 orang. Dipakaikan jaket keselamatan buat semua anak-anak dah terasa teruja. Boat laju dengan ombak yang agak tenang memudahkan perjalanan kami. Anak-anak alhamdulillah tidak mabuk laut. Perjalanan selama lebih kurang 30 minit membawa kami ke Pekan Pulau Perhentian untuk drop orang kampung tempatan di situ. Sudah kenampakan air laut yang membiru hijau sungguh sejuk rasanya. Kadang-kadang nampak ikan kecil duk berenang di tepi boat. Sepanjang perjalanan sempat kami tengok ikan melompat di atas air. Memang takjub rasa nya.

Dari atas bot. Dibelakang adalah sebahagian penumpang orang kampung pulau perhentian
Ketika bot bergerak. Anak-anak seronok duk tengok laut terbentang luas
Alhamdulillah akhir nya kami sampai ke jeti Pulau Perhentian Besar. Nampai air tengah surut jadi kami berjalan sepanjang tepi pantai dengan mudah menuju ke chalet. Gambaran pertama saya cukup kagum dengan kuasa Allah swt bila memijak pasir pantai yang cukup halus dan sungguh putih. Kakak Iffah membayangkan seolah-olah pasir tu macam tepung rasanya. Memang cukup halus.
Pemandangan dari hadapan chalet kami. Sungguh tenang

Lepas check in, kami rehatkan badan dan pukul 1:30pm kami tiba di cafe chalet untuk makan tengahari. Dihidangkan dengan nasi putih, lauk tomyam, telur dadar dan ayam goreng. Cukup sedap dan mengenyangkan. Tak sabar nak tunggu petang untuk berendam dalam air pulau ini.

Satu petang kami habiskan dengan mandi air pantai dan berendam. Ombaknya kecil, airnya cetek dan sejuk memang mengujakan sesiapa sahaja. Sambil-sambil, kami pun survey pakej untuk island hoping untuk aktiviti esok hari nya.
Aktiviti kami waktu petang. Cuba tengok air laut yang sangat jernih. Subhanallah

Malamnya, selepas mejamu selera di cafe chalet, kami pusing-pusing chalet-chalet berdekatan. Dan terus masuk bilik untuk tidur sebelum aktiviti esok pagi pula.

Jumpa di sambungan JALAN-JALAN PULAU PERHENTIAN -SIRI III

Wassalam



Monday, 6 April 2015

JALAN-JALAN PULAU PERHENTIAN - SIRI I

Assalamulaikum ,

Pandangan di hadapan chalet kami

sudah lama sebenarnya saya nak berkongsi cerita tentang perjalanan kami sekeluarga melancong ke Pulau Perhentian. Jika ikutkan sudah lama sebenarnya perancangan saya dan suami ingin merasai kenikmatan berada di pulau tercantik di Malaysia ini. Cuma dek kerna kekangan kerja yang agak sibuk dan tahun ke tahun asyik duk beranak kecil jer, terpaksa kami tangguhkan dulu. Syukur akhirnya impian kami tercapai selepas hampir 7 tahun perancangan awal kami. Perasaan teruja usah cerita.

Saya yang mula-mula duk survey mana lokasi dan chalet terbaik untuk kami pilih. Pulau ini tediri dari pulau kecil dan besar. Menurut pembaccan saya dari perkongsian rakan blog lain, kami memilih pulau perhentian besar kerana dia lebih tenang dan sesuai untuk percutian family dengan anak-anak.

Akhirnya kami memilih Samudra Beach Chalet. Harga nya berpatutan dengan pilihan bilik family 2 katil queen yang beraircond. Sudah cukup selesa untuk kami yang tujuan utama untuk nikmati keindahan alam milikNYA dan merasai ketenangan jauh dari bandar. Boleh lawati website nya  DI SINI.

Harga yang ditawarkan adalah harga pakej 3 hari 2 malam dengan bilik family. makan pagi, tengahari dan malam hidang dan tiket feri pergi balik dr Pulau ke jeti Kuala Besut. Semua dengan kos dalam RM840 untuk masi sefamily (2 dewasa dan 4 kanak-kanak)

Kami booking seminggu sebelum dari tarikh pergi untuk elak dari bilik penuh. Tambahan pula kami pergi ketika dalam musim cuti sekolah. Syukur masih ada kekosongan ketika itu.

Perasaan teruja usah dikata terutama kakak Iffah dan abg Afiq. Setiap hari dk tanya bila dan pergi.

Tunggu sambungan nya nanti perjalanan kami ke Pulau Perhentian di JALAN-JALAN PULAU PERHENTIAN - SIRI II.

Salam Sayang
Atie
Kg Nyiur, Paka, Dungun

Wednesday, 1 April 2015

HOMEMADE PIZZA SIMPLE DAN SEDAP

Teks : Nur Zuriatie

Dimulai perkongsian kali ini dengan bacaan bismillah dan assalamulaikum. Hari ini nak cerita pasal kisah malam semalam bila rasa nak mencuba buat pizza home made. Adunan rotinya di adun daripada resepi asas roti cheese bun yang pernah saya kongsi sebelum ini. Boleh lawati entri saya sebelum ini di sini.


Untuk entri ini, saya akan kongsikan tentang topping pizza yang paling simple dan cepat siap. Jom kita tengok bahan dan cara-caranya.

Bahan topping pizza
3 ulas Bawang putih
1 ulas Bawang besar
Sos tomato dan cili
100gm Daging cincang
Mayonis
Keju cheddar
Lada benggala
Sosej

Cara membuat nya:

  1. Untuk membuat isi daging.Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu sebelum dimasukkan daging cincang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili dan diperasakan dengan garam.

  1. Doh roti di canai di atas dulang membakar dengan ketebalan dalam 1 cm

3.Sapu adunan yang dicanai tadi dengan telur dan diperatakan dengan sos tomato.
4.Letakkan isi daging cincang yang di masak tadi

5.Letakkan sosej yang dihiris nipis





6.Letakkan lada benggala, bawang besar




7.Letakkan mayonis secukup rasa




8.Taburkan dengan keju.


9.  Dibakar selama 20 minit dengan suhu 175 darjah Celsius

Dan, inilah hasilnya. Memang mabeles lah rasanya. Tambah pula dibuat dengan hasil tangan sendiri memang rasa puas hati. Yang penting kita tahu tahap halalnya dan kebersihannya. Tambah-tambah pula di zama yang serba serbi kena belajar berjimat cermat ini. Kosnya cukup minima.








Selamat mencuba.



ROTI CHEESE GEBU

Teks : Nur Zuriatie

Assalamulaikum,

hari ni rasa hendak berkongsi resepi salah satu produk keluaran Are Tiey Bakery iaitu Roti Cheese Gebu. Ini antara roti yang saya belajar melalui pembacaan dalam internet dan pengalaman sendiri mengadun doh nya. Hasilnya memang roti yang gebu dan cantik kejadiannya. Sekali rasa memang mahu makan sampai habis. Anak-anak pun suka sangat roti cheese ni. 

Jom kita start meroti.


Roti Cheese yang sudah siap dibakar
 .


Resepi Roti Cheese Gebu

Bahan-bahannya :


300 gram Tepung gandum
80 gram Tepung Roti/High Protein
60 gram Margerin 
80 gram Gula Kastor
3 sudu teh Yis kering
water raux (25 gm tepung gandum + 125ml air dimasak atas api dapur hingga pekat)
3 sudu besar susu tepung
1 biji Telur Gred B
100 ml Air 

Cara membuatnya :

1. Campurkan semua bahan kecuali air.
2. Sambil diuli, masukkan sedikit-sedikit air.
3. Uli adunan dalam 5-10 minit
4. Perap (proofing) selama 1 jam atau hingga kembang sekali ganda.
5. Bentukkan doh kecik-kecik dalam timbangan 22gram dan susu dalam loyang
6. Perap selama 45 minit atau hingga kembang sekali ganda.
7. Sebelum dibakar, sapu adunan dengan telur dan tabur dengan cheese.
8. Bakar dalam oven dengan selama 20 minit dengan suhu 175cel.

berminat nak order ?
boleh whatsapp / PM 010-225 1943
Free delivery untuk kawasan Paka/Kerteh

ARE TIEY BAKERY

Teks : Nur Zuriatie

Are Tiey Bakery sudah genap 2 minggu ber operasi melalui Fb page. Alhamdulillah sambutan diterima sangat hebat. Mula ber operasi dengan target pelanggan terdekat dari sahabat office di Kerteh hingga orang perseorangan dari sahabat FB kawasan Paka - Kerteh. Kami membuat penghantaran terus ke rumah dan pejabat masing-masing setakat ini. Waktu operasi di dapur berjalan seawal pagi sehingga waktu penghantaran dalam kira-kita pulul 3pm.

Memang agak penat dengan melayan permintaan yang sentiasa ada baik melalui call, whatsapp dan Private Message FB. Tapi kami gembira bila dapat gembirakan pelanggan yang suka dan puas hati dengan rasa roti homemade kami. Alhamdulillah. Hingga ada yang sampai kepingin hendak rasa roti kami setiap hari.

Antara roti dan kek yang kami hasilkan :

@ Roti sarang lebah saiz medium (bekas bulat 8 biji) dan besar (bekas segi empat dengan 16 biji)

@ Cheese bun

@ Hokkaido cake

@ Kek Coklat Cheese Kukus

Penghantaran sekitar Kerteh hingga Kg Nyiur Paka dari pukul 3pm ke atas.

Berminat untuk order : PM/ Whatsapp : 010-225 1943 (are tiey)

FB page : Are Tiey Bakery

Kek Hokkaido 80 sen sebiji. Sesuai untuk majlis hari jadi dan masjlis makan 
Kek Coklat Cheese Kukus. Memang marbeles dengan rasa kek gebu dan lemak manis RM10/bekas

Cheese bun RM4

Produk paling laris iaitu Roti Sarang Lebah dengan sos butterscothch. RM9 (besar) & RM5 (medium)