Gambar : Nur Zuriatie
Assalamulaikum,
Entri ke III ini, saya nak kongsi perjalanan kami seharian di pulau perhentian ni di hari ke 2 dan 3. Di awal pagi saya dan si kecik serta kakak Iffah ronda-ronda kawasan pulau. Nak merasa suasana di awal pagi ketika matahri terbit. Sempat tinjau pokok dengan buahnya yang bentuk agak pelik. Sampai sekarang kitaorg tak tahu apa nama pokok ni tapi buahnya agak mearik bentuk nya. Ataupun kami yang jakun sebab tak kenal nama pokok ini. hehehe.
Inilah buahnya |
Menaiki bot untuk island hopping |
Jika yang muda-muda boleh naik ke atas bukit dan tengok kincir angin di Pulau Pasir Panjang untuk ambil gambar dan tengok pemandangan ketika matahari terbenanm. Subhanallah.sungguh cantik. Antara pulau yang paling menarik perhatian kami ialah Pulau Romantik. Pasir nya lebih halus dari pantai lain. Di tepi pantainya ada di gantung karang laut (coral) yang cukup romantik. Airnya pun lagi jernih. Sayangnya kami singgah sekejap jer sekadar untuk ambil gambar. Habis senja kami sampai ke chalet kami.
Di pekan pulau perhentian |
Perhentian terakhir kami di Pulau Kecik. Memang happening sungguh bila sepanjang kita menyusur pantai, diiringi dengan muzik yang kuat dari speaker besar. Untuk golongan muda sesuai sangat.
Salah satu pemandangan dari Pulau Pasir Panjang |
Di Pulau Romantik. kelihatan matahari sedang terbenam |
Nampak tak coral yang tergantung di pokok tu. Romantik betul. |
Esok pagi seperti biasa, kami mandi pulau untuk kali terakhir. Pukul 11pm, kami bertolak pulang ke tanah besar.
Bermain pasir sampai puas sebelum bertolak balik |
Moga diberi kesempatan dan rezeki lagi untuk merasai suasana pulau sebegini. Mungkin di pulau yang lain pula. Jemputlah ke pulau perhentian kerana anda akan dapat suasana berbeza dari pulau lain.
Selamat tinggal. Kami akan datang lagi. InsyaAllah |
Salam sayang
Zuriatie
Kg Nyiur, Dungun
No comments:
Post a Comment