Kisah perjalanan kami bermula dari Kg Nyiur Dungun pada pukul 7 am. Iffah, afiq & Iman sekali kejut jer terus bangun mandi. Mudah sangat bangunnya bila cakap nak jaan-jalan pergi pulau. Dalam perjalanan, terima panggilan dari Samudera Chalet untuk check lokasi kami untuk pastikan feri sudah bersedia apabila kami sampai nanti. Trip pertama sudah bergerak pukul 8 am lagi dan kami kemungkinan menaiki feri trip ke 2.
Perjalanan selama 2 jam maknanya kamu tiba di Pekan Besut pukul 9am. Memandangkan feri belum sedia lagi, kami sempat sarapan di restoran berhampiran. Harga yang dikenakan agak berpatutan dan makanan pun sedap.
Sedang menuggu feri di pejabat Samudra Chalet |
Lebih kurang sejam menunggu, feri tiba dan kami mula menaiki feri nya iaitu lebih kurang boat penumpang berbumbung memuatkan lebih kurang 15 orang. Dipakaikan jaket keselamatan buat semua anak-anak dah terasa teruja. Boat laju dengan ombak yang agak tenang memudahkan perjalanan kami. Anak-anak alhamdulillah tidak mabuk laut. Perjalanan selama lebih kurang 30 minit membawa kami ke Pekan Pulau Perhentian untuk drop orang kampung tempatan di situ. Sudah kenampakan air laut yang membiru hijau sungguh sejuk rasanya. Kadang-kadang nampak ikan kecil duk berenang di tepi boat. Sepanjang perjalanan sempat kami tengok ikan melompat di atas air. Memang takjub rasa nya.
Dari atas bot. Dibelakang adalah sebahagian penumpang orang kampung pulau perhentian |
Ketika bot bergerak. Anak-anak seronok duk tengok laut terbentang luas |
Pemandangan dari hadapan chalet kami. Sungguh tenang |
Lepas check in, kami rehatkan badan dan pukul 1:30pm kami tiba di cafe chalet untuk makan tengahari. Dihidangkan dengan nasi putih, lauk tomyam, telur dadar dan ayam goreng. Cukup sedap dan mengenyangkan. Tak sabar nak tunggu petang untuk berendam dalam air pulau ini.
Satu petang kami habiskan dengan mandi air pantai dan berendam. Ombaknya kecil, airnya cetek dan sejuk memang mengujakan sesiapa sahaja. Sambil-sambil, kami pun survey pakej untuk island hoping untuk aktiviti esok hari nya.
Aktiviti kami waktu petang. Cuba tengok air laut yang sangat jernih. Subhanallah |
Malamnya, selepas mejamu selera di cafe chalet, kami pusing-pusing chalet-chalet berdekatan. Dan terus masuk bilik untuk tidur sebelum aktiviti esok pagi pula.
Jumpa di sambungan JALAN-JALAN PULAU PERHENTIAN -SIRI III
Wassalam
No comments:
Post a Comment