Teks : Nur Zuriatie
Gambar : Google
Selamat pagi & Assalamulaikum,
Bangun pagi ini dengan semangat untuk menulis satu blog kesayangan saya ini. Terpandang sebuah buku elok terletak di sebelah laptop ini. Bertajuk 'Senyumlah...ALKISAH Pedoman untuk anakku'...dibelek-belek dan tertarik pada sebuah tajuk AL-KISAH SEORANG PENCURI
Menarik kisah nya.
Kisahnya bermula dengan seorang pencuri yang kerjanya mencuri dan menjual barang yang dicurinya. Namanya Yazid. Hampir segala benda dia nak curi sebab sudah memang sebati dalam dirinya kerja mencuri ini.
Suatu hari dibukakan hati nya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dia berjumpa dengan seorang ustaz bernama Ustaz Yusof. Kata Yazid " Saya ingin bertaubat dan bagaimana caranya ??"
Jawab Ustaz " Awak tak perlu susah, cuma buat satu benda sahaja. Jangan cakap bohong dengan ustaz. Selepas solat berbicara dengan Allah kena jujur dan cakap benar".
"ye ke Ustaz. Mudahnya. Simple sangat je tu " kata Yazid
Yazid berjalan-jalan dan dia sampai ke supermarket. Dan dia ingin mencuri semula
Tapi kata hatinya " Esok saya akan jumpa ustaz lagi. Ustaz pasti tanya apa saya ada lakukan kesalahan. Dan saya dah janji dengan dia jangan tipu. " Akhirnya dibatalkan niatnya.
Malamnya, dia seorang pelacur melalui hadapann rumahnya. Yazid hampir memanggilnya.
"Teringat janji mesti bercakap benar, besok pergi solat subuh dah kena jawab diri sendiri pda Allah, nanti Ustaz bertanya kena bagitahu...pasti kene leter panjang " . Akhirnya dilupakan hasratnya.
Selepas 3 bulan tidak berbohong, akhirnya Yazid berubah dari seorang pencuri kepada muslim yang soleh dan membuka sebuah restoran. Yazid amat berterima kasih kepada Ustaz Yusof dan mereka saling berpelukan. Kata Ustaz, beginilah caranya dia mendidik anaknya. Jangan bercakap bohong pada diri sendiri, ibu bapa dan paling penting Allah. Biar sakit dirotan atas mengakui kesilapan daripada berkata-kata bohong yang bisa menyakitkan hati umpana dicucuk beribu jarum.
Kesimpulannya, berlakulah jujur dalam apa jua yang kita buat. Memang ingatan untuk diri sendiri yang tak pernah lari dari membuat salah silap. Bercakap lah benar biar ianya pahit.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment